ILMU TEMBUS PANDANG

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Merujuk kepada perkara diatas, Ilmu tembus pandang atau lebih dikenali ilmu terlawangan atau ilmu terlawang ini ada banyak jenis amalannya. Ada yang boleh dilihat dalam air ada yang boleh dilihat secara terus dengan mata kasar dan ada melalui mimpi akan tetapi mestilah didalam keadaan bersih dan bersuci.

Jika ada mempunyai geliga lipan dan diletakan didalam mulut insyallah ada juga boleh tembus penglihatan tanpa banyak amalannya. Dikalangan masyarakat berbangsa Cina amat suka pada geliga lipan walaupun ianya mencecah ribuan ringgit atau jutaan ringgit mereka masih ingin memilikinya ini untuk tujuan berjudi.

Banyak daripada pelawat di laman saya sering bertanyakan tentang ilmu ini. Pada awalnya dihati saya mempunyai syak wasangka yang buruk kerana takut-takut digunakan cara seperti berjudi, berzina, mengugut seseorang dan lain-lain perkara yang buruk. Akan tetapi saya segi yang lain ada kebaikan juga seperti melihat hati anak, isteri, suami atau individu-individu untuk tujuan ingin tahu perbuatan dan untuk keselamat daripada individu yang ingin memperdaya atau membuat perkara yang buruk kepada kita.

Ilmu Tembus pandang ini yang paling ringkas dari segi amalannya dan paling mudah kesannya jika dimakbulkan anda boleh melihat apa yang anda ingin hajat. Ianya bukan mentera jawa ataupun mentera melayu sebab banyak ilmu terlawang di kalangan orang melayu banyak mengunakan mentera. Akan tetapi ianya merupakan sebahgian doa dan amalan. Oleh itu jangan sekali-kali gunakan untuk keburukan nanti buruk padahnya. Dan jangan pula riak sombong bongkak atau sifat seumpama dengannya kerana ianya juga akan mengundang padahnya jika kita sudah dapat sesebuah ilmu dan dimakbulkan berdiam diri atau dengan perkataan lain “buat bodoh aje”

Zaman berubah pada ketika dahulu orang yang telah mempunyai ilmu amat suka berdiam diri atau tidak mahu dikenali ini adalah disebabkan orang yang sedimikian ingin mengelakan diri mereka dari sifat yang diatas. Inilah yang terjadi pada zaman sekarang orang suka menunjuk-nunjuk pada awalnya seseorang itu berkelakuan baik dan amalan yang cukup tinggi dan diakhirnya mereka ini merupakan pengamal ajaran terpesong disebabkan riak sombong bongkak dan seupamanya. Sebagai contohnya seorang guru yang termasyhur di baling atau dikenali sebagai “abuya” beliau di kurnai banyak sekali ilmu yang tidak difikirkan manusia akan tetapi setiap ilmu itu ada ujiannya maka jika kita dapat menghindarkan diri daripada sifat yang saya nyatakan jika ingin selamat.

Sekian terima kasih

About these ads
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to ILMU TEMBUS PANDANG

  1. mey says:

    aslkm…
    maap jika maharnya RM 30.00, jika di kurs rupiah indonesia berapa ???
    terimakasi

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s