MINYAK PENGASIH

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ini ada individu yang telah membeli minyak dagu dan bertanya kepada saya bagaimana hendak membuang minyak tersebut dengan cara yang terbaik. Menurut individu tersebut dia mengambil minyak dagu atas tujuan pengasih dan pelaris.

Disini saya ingin saya menasihatkan janganlah menyimpan minyak dagu atau seumpanya dengan minyak itu. Untuk pengetahuan semua sebenarnya minyak dagu ini kita boleh perolehi dengan mudah banyak juga saya lihat laman-laman yang menjual minyak itu dengan harga yang amat tinggi. Islam juga melarang kita menyimpan minyak seupama dengan itu.

Disini ingin saya menceritakan supaya kita tidak menyimpan minyak tersebut. Untuk mengetahuan semua untuk mengambil minyak dagu bukan satu tugas yang mudah. Ada hari-hari yang tertentu sahaja yang membolehkan kita membuat minyak itu. kebiasaannya minyak tersebut diambil daripada mayat seorang gadis. Semasa ingin mengambil minyak itu orang yang terbabit perlu mengali kubur dan membakar samada dengan mengunakan lilin atau mengunakan bahan bakar yang seumpanya dengannya. apabila telah dibakar maka terkeluarlah minyak atau lemak manusia itu. Kemudian pada tadahan minyak atau lemak itu kemudian dibaca dan dipuja ada yang menyatakan mayat itu menjerit barulah minyak itu comfirm menjadi.

Selepas dirasakan menjadi maka ianya dimasukan kedalam botol dan diletak dikawasan hutan seperti dibawah tempat yang sejuk seperti bawah pokok keladi. Apabila ada orang ingin membelinya minyak tersebut maka pembuatnya akan mengambilnya dihutan atau tempat yang berjauhan dan dari rumahnya. Jika inanya diletak didalam rumah banyak gangguan dan banyak bunyi-bunyi yang akan kedengarkan.

Oleh itu jika anda telah membelinya maka adalah lebih baik pulangkan minyak itu kepada pembuatnya. Jika anda tinggal berjauhan daripada pembuatnya maka tanamlah minyak tersebut dibawah pokok keladi dan pastikan tempat yang kita taman itu mesti berjauhan daripada tempat tinggal manusia. Jika masa mengizinkan maka cepat-cepatlah pulangkan kepada pembuatnya. Perlu diingat jangan sesekali simpan dirumah macam-macam benda anda akan lihat ataupun dengar. Kebanyakan pembeli minyak ini adalah golongan wanita. Pada satu ketika dahulu golongan lelaki adalah peminat minyak dagu. Buat masa kini gologan lelaki ini lebih minat dengan minyak cenuai mungkin disebabkan cara untuk menjaganya lebih mudah daripada minyak dagu dan minyak cenuai ini mampunyai satu pantang yaitu tidak boleh di bawa masuk ke dalam tandas apabila ianya masuk tandas maka kesanya akan hilang.

Sebenarnya minyak cenuai ini digunakan oleh orang asli atas urusan untuk memburu atau penjaga ternakan mereka. Dimana minyak cenuai itu akan dicalit pada tapak kaki binatang tersebut. Selepas dicalitkan maka bintang buruan atau ternakannya tidak akan pergi jauh. Akan tetapi orang kita mengunakan minyak cenuai itu untuk tujuan mencalit pada seseorang.

Oleh itu bagi yang menyimpan minyak dagu usahakanlah untuk memulangkan minyak itu kepada pembuatnya. Janganlah simpan minyak itu ia bahaya di dunia dan akhirat. Sebenarnya kita ingin sangat minyak pengasih maka kita boleh buat sendiri. Yaitu dengan mengunakan Pengasih Yusuf dan Pengasih/penunduk sulaiman sudah lebih dari cukup. Untuk pengetahuan semua kekuatkannya adalah bukan pada minyak itu akan tetapi kekuatannya adalah pada orang yang mengamal Pengasih Yusuf dan Pengasih/penunduk sulaiman. Jika kita rajin mengamalnya maka insyallah orang akan kasih pada kita dan sayang kepada kita. Janganlah pergi mengambil minyak yang dilarang Agama kita. Kita ada alternatif lain jika ingin minyak pengasih.

Sekian Terima kasih

About these ads
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to MINYAK PENGASIH

  1. Anonymous says:

    Saya boleh tolong buangkan minyak dagu.Kepada sesiapa yang ada menyimpan dan x tau cara nak buang,tel pak ngah di 0166685874.

  2. Anonymous says:

    saya mahu bertanya…..apakah tanda2 ssrg itu terkena minyak dagu org asli?sy sendiri xtahu mengenai itu….dan adakah sesama jantina iatu perempuan boleh calitkan kpd perempuan juga?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s