SELENDANG MERAH

Assalamualikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ini banyak yang membuat pertanyaan berkenaan dengan ilmu selendang merah ataupun selempang merah ataupun parang terbang. Mungkin sejak kebelakangan ini banyak berlaku peristiwa-peristiwa yang tidak menyenangkan hati orang melayu.

Sebenarnya banyak versi selendang merah jika di selatan tanah air lebih dikenali dengan selempang merah dan ayat 4. Jika anda orang batu pahat mesti anda kenali siapa itu kiyai panglima salleh dimana sehingga Dato Onn memohon belas kasihan meminta Panglima salleh dan angkatannya tidak menghapuskan kesemua yang menaikan kemarahan orang melayu disana.

Pada ketika itu di selatan tanah air memang kuat dengan bintang 3 atau komunis. Apa yang diberitahu orang-orang bintang 3 setiap hari akan memasak satu periuk yang besar dimana bertujuan merebus orang melayu dan banyak orang melayu yang terkorban. Memang kalau kita amati memang amat sedih dan deritanya orang-orang bintang 3 membuat orang melayu.

Pada awalnya kiyai Panglima salleh ini hanya menghapuskan orang-orang yang membuat kerosakan kepada orang-orang melayu secara bersendirian dimana orang bintang 3 tidak melihatnya semasa ianya diserang. Kebiasaan beliau akan meninggalkan seorang dimana teliganya dan hidungnya dipotong sebagai bukti dan peringatan orang yang membuat kerosakan orang melayu. Banyak kepala yang putus daripada tuboh badan merata-rata dibuatnya oleh panglima salleh dan orang-orangnya. Sehingga orang membuat rosak kepada orang melayu lari bertempiaran disana-sini. Ada yang menyorok didalam hutan didalam longkang dan dimana-mana sahaja yang difikirkan selamat akan tetapi dimana sahaja mereka menyorok akan ditemui juga sehingga satu hari dato Onn meminta belas kasihan daripada Panglima salleh supaya tidak meneruskan hajatnya maka Panglima Salleh pun memberhentikan tindakanya.

Sebenarnya Seledang merah atau selempang merah atau parang terbang ini sama sahaja. Dimana orang-orang kafir atau orang-orang yang membuat kerosakan kepada orang melayu tidak dapat melihat dengan pemilik selendang merah apabila tidak dapat dilihat maka parang seakan-akan kelihatan terbang tetapi pada zahirnya yang pegang parang itu adalah manusia tetapi mereka tidak dapat melihatnya dan mata kasar. Dan sifat pengamal selempang merah ini mereka ini tidak mempunyai sifat belas kasihan dan mereka ini akan menghancurkan orang membuat kerosakan seperti angin dan hati mereka telah dikeraskan dan keadaan mereka seperti kebal.

Berlainan pula keadaannya selendang merah di kuala lumpur yakni di jalan chow kit. Dimana selandang merah di jalan chow kit datang daripada negeri utara dan ada juga datang daripada pantai timur dan juga datang daripada Selatan tanah air . Saya rasa semua orang tahu apa yang saya maksudkan. Ia merupakan sejarah negara dan sejarah orang melayu yang belaku pada tahun 1969 . Kadang-kadang amat takut untuk diceritakan. Sejarah itu bermula berasa-usul daripada mulut. Mulut atau lidah merupakan senjata yang amat tajam. Jika kita tidak menjaganya dengan baik maka ada berlaku malapetaka dan bala bencana. Jika mesti tahu apa yang kita ungkapkan dan kita cakapkan janganlah kita sampai melampaui batas. Jika melapaui batas maka terjadi peristiwa hitam di chow kit dan ianya merebak merata-rata tempat.

Sesuatu perkara atau kejadian itu ada hikmahnya dan ada pelajaranya. Dan pada ketika itu orang-orang melayu amatlah bersatu padu tidak mengira samada taraf kedudukan dan pangkat. Mereka bersatu padu dan bersatu hati. Tapi lihat sahaja hari ini banyak sekali pepecahan orang melayu hanya disebabkan satu perkara yaitu ” Parti ” oleh yang demikian ingat-ingatlah kembali peristiwa-peristiwa yang lepas-lepas. Janganlah pasal “sesebuah Parti” kita orang melayu berpecah-belah.

Untuk mengamal selendang merah bukan mudah dan tidak semua orang yang dapat memiliki ilmu ini orang-orang yang terpilih sahaja akan mewarisinya. Sifat-sifat pengamal ilmu ini kebiasaannya mereka mesti buang semua sikap-sikap yang terkeji seperti riak, sombong, angkuh dan perkara-pekara seumpamanya. Dan banyak ujian yang akan di tempuhi sehingga tidak larat dibuatnya. Ujian itu akan datang dalam berbagai macam bentuk dan keadaannya.

Masih ada ilmu yang lain dimana sama keadaannya. Dimana jika berlaku pertempuran kita dapat mengelak daripada yakni orang-orang yang ingin membuat kesusahan kepada kita tidak akan nampak akan kita serta keluarga kita. Tetapi niat perlulah baik jika digunakan untuk membuat kerosakan kepada orang lain maka ilmu ini tidaklah menjadi. Pada masa sekarang ini tidak ada pertempuran akan tetapi baru-baru ini banyak berlaku perhimpunan. Disini ingin saya nasihatkan supaya janganlah menghadiri perhimpunan sebab kita tidak tahu dalang-dalangnya. Kadang-kadang perhimpunan itu ditaja bertujuan untuk membuat orang melayu berpecah belah. Sebelum menghadiri sebarang perhimpuan cuba fikir-fikirkan dahulu janganlah ikut sangat nafsu dan hati yang membara. Dengan itu saya memberi ilmu suatu ilmu dimana lebih kurang sama dimana orang yang ingin membuat kerosakan dan mencederakan kita tidak akan nampak kelibat kita serta keluarga kita.

Sekian Terima kasih

About these ads
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to SELENDANG MERAH

  1. mohamed halim says:

    assalamualaikum..selendang merah untuk membela diri,agama islam,tanah air ,dan negara.selendang merah utara berbeza dgn selatan dan dengan p.timur .manuskrip asal selendang merah dari anak murid kiai salleh ada saya simpan untuk anak cucu kita .insyaallah kita akan sama sama kembangkan seluruh tanahair.

  2. buyexxx says:

    Assalamualaikum,

    sila rujuk laman http://www.ilmupengasih.com untuk keterangan lanjut

    sekian terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s