ILMU MEMANCING IKAN

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Merujuk kepada perkara diatas, jika anda merupakan ingin mendapat tangkapan yang luas maka rasa saya ilmu ini diantara paling sesuai diamalkan semasa anda ingin mendapat tangkapan ikan samada dengan mengunakan jaring, joran, sampan, kelong, koyan, bubu ataupun seumpamanya.
Ilmu memancing ikan ini sering saya mengunakan semasa saya ingin menankap ikan untuk tujuan mencari rezeki untuk diri sendiri serta anak isteri. Semasa ingin pergi memancing jangan abaikan solat kita oleh itu tempat yang saya paling suka ingin pergi memancing ialah di kelong. Kebiasaan di kelong mempunyai ruang untuk kita bersolat. Selain daripada itu kadang-kadang saya suka pergi memancing berseorangan ini adalah untuk tujuan khalawat ataupun mengasingkan diri hanya ingin mengenali diri sendiri dan seumpama dengannya.
Jika anda pergi memancing maka jika mendapat tangkapan dimana kita tidak makan maka lepaskan ia semula ke laut atau sungai atau sebagainya ambil sahaja tangkapan yang kita perlukan dan janganlah siksa tangkapan yang kita tidak perlukan. Jika anda merupakan mendapat ikan seperti ikan buntal ataupun sesirat maka janganlah di pijak di hempas atau sebagainya. Kebiasaan apa yang saya lihat ialah jika kita mendapat ikan buntal selalu saya lihat di pijak jika kita mendapat sesirat janganlah di hempas atau hempuk hanya untuk menyelamatkan perambut kita. Bagi yang tidak tahu ikan sesirat ini kebiasaan hidup dikuala ataupun dimuara ataupun ada ditepian pantai jika ia mengenakan perambut maka ialah akan mengeluarkan minyak daripada badanya dan menyebabkan perambut kita akan berbau kurang enak apa yang biasa saya buat ialah potong sahaja perambut itu janganlah siksa mereka.
Selain daripada itu apabila anda suka pergi memancing bot ataupun sampan mulut perlulah dijaga dan banyaklah berzikir atau amalkan ilmu yang saya berikan. Ditakuti akan berlaku perkara-perkara yang kurang enak selain itu sebelum anda pergi kelaut maka tinggalkanlah cincin terutamanya cincin daripada batu arked kerana kebiasaanya batu arked ini ada mahluk yang suka duduk didalamnya. mahluk darat dan mahluk laut tidak boleh berjumpa jika ianya berjumpa maka ianya akan berlawanan, maka adalah lebih baik tinggalkan sahaja sebarang cincin yang kita pakai di darat.
Jika kita mendapat tangkapan ikan yang memberangsangkan maka janganlah riak, sombong ataupun seumpamanya dengannya. Jika kita pergi secara berkelompok maka bahagi-bahagilah diantara kita dan jika kita rasa telah mendapat ikan yang cukup maka pulanglah segera dan tamak dan melampui batas. Seperkara lagi jika anda pergi memancing janganlah bawah banyak sangat batang joran kerana yang biasa saya lihat ialah jika memancing di kelong kadang-kadang ada yang membawa 10 batang joran (seorang) janganlah bersifat tamak sehinggakan orang yang ada disekelilinginya merasa kurang senang.
Seperkara lagi jika boleh janganlah pergi memancing pada hari sabtu kebiasaanya pada hasil tangkapan kita kurang kadang-kadang tiada langsung pada hari tersebut. Kita tidak silap saya pada dlm surah ar-rad ada menyebut dimana jangan memancing pada hari tersebut. Ikut pengalaman saya pada hari tersebut ikan berehat. Jika anda ingin memancing maka hari yang paling sesuai ialah 17,18 dan 19 bulan melayu insyallah anda akan membawa pulang hasil tangkapan.
sekian terima kasih
About these ads
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to ILMU MEMANCING IKAN

  1. buyexxx says:

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Dengan berbanyakan istifar semasa memancing dan baca bismillah insyallah akan dapat tangkapan yang memuaskan.

    sekian terima kasih

  2. buyexxx says:

    Assalamulaikum,

    sila rujuk jika tidak silap saya dalam surah arraf

    sekian terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s