ILMU MEMIKAT IKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jika saudara merupakan seorang nelayan ataupun ingin mendapat tangkapan ikan yang banyak saya mempunyai sebuah azimat dimana boleh digunakan. Kesan azimat yang saya berikan ini jika anda mengunakan jaring,pukat,bubu ataupun jala tulislah azimat ini pada kertas dan masukan ia ke dalam botol dan ditutup rapat dan letaklah azimat itu berdekatan dengan jaring,pukat,bubu ataupun jala dengan kuasa allah swt ikan akan berduyun-duyun datang berhampiran atau memasuki bubu atau jala atau pukat atau jaring.

Jika anda merupakan seorang pemancing maka azimat ini boleh digunakan juga, Akan tetapi cara yang berbeza buat azimat ini dua helaian satu diletakan di dalam batang joran dan satu diletakan pada berhampiran dengan mata kail atau berdekatan dengan perambut. Mungkin tertanya-tanya bagaimana hendak meletakan azimat ini berhampiran dengan perambut. Carilah botol kecil ataupun dileminate azimat ini dan letakanlah pada berhampiran perambut. Ataupun cuba fikirkan cara yang terbaik saya tahu para pemancing ini mempunyai sifat seni dan creative yang amat tinggi mesti anda mempunyai cara terbaik. Azimat ini boleh digunakan samada dilaut,pantai ataupun air tawar seperti sungai ataupun kolam.

Jika boleh jika mempunyai tangkapan yang cukup maka pulang dengan segera dan janganlah bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk kehebatan. Seperkara lagi saya menasihatkan saudara-saudara minta janganlah memancing pada hari sabtu. Kerana hari sabtu ikan akan berehat pada hari tersebut dan ada larangan memancing pada sebuah surah supaya tidak memancing pada hari tersebut.

Saya tahu ada setengah-setengah pemancing suka mengunakan tulang babi dimana ianya diletakan dalam joran untuk mendapat hasil tangkapan yang lumayan. Sebagai orang islam babi merupakan benda yang diharamkan gunalah azimat ini yang tentu suci dan ianya mengunakan ayat suci al-quran insyallah hasil tangkapan anda akan lumayan juga.



This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s