ILMU KANTUNG 4 (WANG DATANG KEMBALI)

Assalamualaikum dan salam sejahteran,

Oleh kerana dihimpit oleh kesempitan ramai yang terpedaya dengan pengamal spritual ataupun bomoh-bomoh yang tertentu. Baru-baru ini saya didatangi oleh seseorang individu meminta saya jika saya mempunyai ilmu untuk mengembalikan wang yang dilaburkan atau diberi sebagai mahar.

Jumlah diberikan kepada pengamal tersebut agak mahal yaitu RM10,000.00 dan belum termasuk wang perjalanan ke Indonesia. Menurut individu yang berkenaan beliau telah pergi satu daerah di jawa tengah dimana agent dimalaysia menyatakan pengamal itu boleh membuat wang datang kembali. Dimana pengamal itu akan membaca beberapa mentera pada duit wang telah disediakan yaitu RM100.00 Wang tersebut juga menurut individu tersebut telah diuji keberkesaannya disana dimana beliau telah menukarkan wang itu kepada Dari RM ke USD terbukti berkesan dimana wang yang RM100.00 itu dalam masa sekejap sahaja telah dipulangkan ke dompet individu tersebut. Ini termasuklah dengan wang yang telah ditukar ke USD itu.

Oleh kerana bergembira agaknya beliau telah balik ke malaysia untuk mempratikan disini akan tetapi wang dikatakan datang balik itu setelah ditukar maka wang RM100.00 itu tak balik-balik. Beliau telah menalifon agent disini dan di pengamal itu panggilan tidak dijawab.

Untuk peringatan jangan mudah terpedaya dengan individu-individu yang tidak kita kenali berhati-hatilah apabila didatangi dengan orang yang seperti ini kerana mereka. Sebenarnya ilmu ada akan tetapi anda perlu buat perjanjian dengan mahluk halus seperti jin kafir atau syaitan.

Ilmu wang kembali ini memang ada dan ia tidak pula menyalahi hukum islam. Cara mengamalnya juga nak kata susah tak susah dan nak kata senang tak senang. Cuma anda harus mengamalkan surah al-kahfi dan solat malam (tahajut, hajat, taubat dan witir) semala 10 hari berturut-turut.

Kesan secara ringkas insyallah bukan wang itu kembali akan tetapi anda akan menerima rezeki yang tidak disangka. Sebagai contoh anda membeli susu Harganya RM16.00 insyallah anda akan menerima wang yang lebih kurang sama dengan wang anda berbelanja itu (RM16.00) daripada rezeki yang tidak disangka. Mungkin daripada orang yang liat membayar hutang, untung daripada perniagaan dan lain-lain lagi cara yang tidak dapat difikir oleh akal manusia.

Akan tetapi setiap daripada wang itu pusing kepada anda. Anda harus mengiranya berapa yang anda dapat dan keluarkan zakat atau derma sebanyak 2.5% jangan lupa buatlah rekod untuk memudahkan kita mengingatnya. Ditakuti jika anda tidak mengeluarkan zakat atau derma pada kadar yang tertentu ini (bergantung pada niat) amalan yang anda lakukan tidak akan berhasil lagi. Dengan maksud lain wang berpusing tidak anda perolehi dan anda perlu melakukan semula daripada awal hingga akhir alam itu.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s