ILMU WANG KEMBALI KEPANGKUAN

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya manusia yang hidup didunia ini manusia amat takut mengeluarkan derma ataupun bersedekah ini dan didalam al-quran berkali-kali allah swt mengingatkan supaya mengeluarkan menunaikan zakat ataupun menderma. Tetapi manusia terutama orang islam amat takut menderma kerana takut jika menderma atau bersedekah akan menjadi miskin.

Ilmu ini sebenarnya apa yang disedekahkan atau didermakan insyallah wang itu akan pulang kepada pengamal ilmu ini. Cara wang itu dipulangkan hanya diketahui oleh pengamalnya sendiri. Samada ianya datang daripada sesama manusia atau daripada perkara yang tidak dapat difikirkan oleh manusia akal manusia.

Cara amalannya adalah lebih mudah daripada ilmu datang balik hanya perlu berpuasa sehari dan bacalah atau wiritkan ayat yang diberikan kemudian terus dermakan wang tersebut pada orang yang kita tidak kenali seperti fakir miskin, anak yatim piatu, rumah orang-orang tua dan lain-lain lagi. Akan tetapi jangan masa sekali mendermakan wang itu kepada orang yang meminta-minta seperti orang meminta derma ditepi-tepi jalan, orang meminta derma untuk badan-badan yang tertentu ataupun orang meminta derma ke rumah-rumah, pejabat atau seumpanya dengannya. Dermalah Wang itu secara sembunyi-sembunyi atau tidak dapat dilihat orang jika boleh. Dengan cara ini boleh mengelakan diri kita daripada sifat riak, takbur dan seumpama denganya.

Akan tetapi pada pengamalnya ada sedikit ujiannya. Iaitu ujian yang datang ada 2 yaitu

  1. Pertama – Wang itu akan segera kita dapat dalam tempoh yang amat sekejap akan tetapi jangan lupa menderma ianya semula kepada perkara yang saya sebut diatas dan jangan takut untuk mendermakan.
  2. Kedua – Wang itu akan dilambatkan sedikit mungkin paling lewat daripada pengalaman saya 41 hari. Oleh itu kita perlulah bersabar akan tetapi ianya akan datang dalam jumlah yang lebih daripada cara yang pertama disebabkan kita bersabar. Dan wang itu perlu di sedekahkan atau diderma semula dan janganlah pula takut untuk mendermakan.

Kadar derma = 2.5% – 10% (atau lebih jika mahu jangan takut)

Saya ingin nasihatkan jika telah mendapat rezeki itu dermakanlah dengan kadar segera jangan tunggu-tunggu bagi saya jika dapat rezeki dermakanlah pada hari itu juga ataupun pada keesokan harinya. Insyallah anda tidak akan putus mendapat rezeki dengan ilmu ini.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s