ILMU REZEKI (mengalir tanpa henti)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut adalah ilmu rezeki cara amalannya adalah agak mudah. Ingin saya berikan kata nasihat disini ilmu akan mendatang rezeki yang luar dugaan akan tetapi terdapat ujian akan diberikan. Ujiannya adalah seperti maksiat, berjudi, minum arak, kaki perempuan, berzina dan banyak lagi. Kita ini manusia selepas dihimpit dan dilapangkan maka sifat kita akan berubah 100%

Oleh itu jika kita terlajak maka baliklah ke asal dan ingatlah satu hari nanti kita akan sembah tanah juga. Walaupun kita orang yang kaya kita akan dimasukan kedalam kubur juga. Oleh itu janganlah sombong, riak, merendah-rendah orang dan lain-lain lagi. Oleh itu jika dikurnai dengan rezeki yang tidak putus-putus maka cara yang terbaik gunakan wang itu untuk kebajikan. Jika boleh setiap rezeki yang kita perolehi itu didermakan sebagaian kepada orang yang memerlukan. Jika boleh jika kita telah mendapat rezeki itu terus didermakan jangan disimpan insyallah rezeki tidak tidak akan putus sampai bila-bila.

Ilmu inilah dimana saya sering amalkan jika saya putus sumber kewanggan. Ilmu ini memang susah hendak diungkap dengan kata-kata hanya pengamalnya akan merasa kelebihan. Ianya merupakan usaha tawakal akan tetapi jika perlu usaha terlebih dahulu insyallah apa yang diusahakan akan mendapat kejayaan.

Saya juga merasa amat hairan bagaimana laman saya boleh masuk surat khabar (ini dimaklum oleh pembeli e-book) sedangkan saya tidak pernah mengiklan surat khabar. Selain itu banyak juga pembeli e-book saya ini bukan sahaja daripada gologgan berbangsa Islam ada juga yang bukan islam dimana ingin melihat apa kandungannya dengan tujuan ingin mendekat Islam.

Kepada mereka yang bukan Islam yang berhajat ingin mengetahui Islam maka apa yang boleh saya nasihatkan anda boleh pergi ke surau-surau ataupun masjid yang berdekatan untuk mendapat maklumat tentang islam. Jika boleh belilah tafsir al-quran jika berkebolehan dan memahami bahasa melayu atau Inggeris boleh membelinya terus di kedai buku-buku Agama jika tidak pergilah dapatkan di Majlis Ugama Islam di daerah masing-masing. Bacalah sekali lalu jika tidak faham maksudnya bolehlah anda bertanya kepada rakan yang berugama Islam insyallah mereka akan membantu anda. Jika rakan anda tidak faham pergi sahaja tanyakan di surau atau masjid berdekatan jika tidak boleh pergilah ke Majlis Ugama Islam ditempat masing-masing.

Setelah anda membacanya dan berfikir tentang kebenaran islam dan al-quran barulah peluk Islam. Sebenarnya banyak apa yang telah terjadi dan akan terjadi ada didalam al-quran cuba fikirkan dengan hati yang buka dan fikiran yang terbukan barulah buat keputusan untuk memeluk Islam. Untuk pengetahuan juga sesiapa yang telah memeluk Islam akan diberi bantuan kewanggan oleh majlis ugama islam daerah masing-masing.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s