ILMU TEMBOK SULAIMAN

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Ilmu tembok sulaiman merupakan ilmu untuk memagar rumah supaya untuk menghalang benda yang tidak diundang untuk memasuki rumah kita seperti pencuri ataupun benda yang halus yang tidak diundang untuk memasuki rumah kita.

Setiap 10 pembeli e-book saya mesti ada 1 atau 2 individu terutama kaum wanita dimana menghadapi masalah dimana suami mereka dikenakan oleh wanita lain yang untuk menambat hati suami mereka. Tidak puas mengenakan suaminya maka ia mengenakan pihak isterinya pula. Kebiasaannya isteri mangsa kebiasaanya benda yang tidak diundang ini akan mainkan perasaan mangsa atau Seumpanya.

Golongan isteri akan menghabiskan masa yang banyak dirumah berbanding dengan lelaki oleh itu jika ada orang hendak membuat tidak baik mesti mereka akan meletak barang atau menanam barang yang tidak baik diperkarangan dirumah. Ada yang meletakan cebisan mayat ungka (moyet), ada meletakan azimat yang tertentu, ada yang meletakan patung, ada yang meletakan botol yang di perkarangan rumah dan banyak lagi.

Jika anda perasaan benda itu diletakan di rumah anda jangan takut ambil sahaja garam kasar dan kacang hijau taburkan sahaja keatas barang tersebut dan jangan dipegang insyallah benda yang itu tidak ada kesan kepada kita. Dengan mengunakan garam dan kacang hijau ia akan menawarkan barang tersebut.

Tujuan garam digunakan ialah untuk menawarkan. Untuk pengetahuan semua setiap benda yang didarat tidak akan bercampur dengan benda dilaut. Cuba kita pergi kemuara sungai dimana pembahagi air masin dan air tawar jika kita lihat betul-betul disitulah terdapat benteng antara yang masin dan yang tawar. Begitu juga keadaannya dengan benda yang kita taburkan dengan garam ianya seperti benteng. Untuk mengetahuan kaki pemancing pula jika anda ingin mendapat ikan yang banyak maka pergilah memancing dikawasan antara yang masin dan yang tawar insyallah hasilnya amat lumayan akan tetapi awas jika tangkapan sudah cukup terus balik jangan tamak atau berlebih-lebih.

Tujuan kacang hijau digunakan supaya benda asing atau halus itu akan leka bermain dengan kacang hijau. Jika dikawasan anda mempunyai budak kecil yang berbogel, apabila anda menaburkan kacang hijau kebiasaanya anda akan dengar mereka bermain-main dan gelak ketawa. Sehingga mereka terlupa untuk mencuri wang kerana leka bermain. Begitu juga dengan benda asing yang lain.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s