ILMU INGIN MENGETAHUI BARANG GHAIB

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya ilmu tembus pandangan ada banyak jenis ilmu ingin mengetahui barang ghaib juga merupakan salah satu daripada ilmu tembus pandangan atau lebih dikenali dengan pangilan ilmu terlawangan.

Kebiasaan pelawat-pelawat laman asyik bertanyakan dengan ilmu-ilmu yang bersifat tembus pandangan. Oleh itu saya berharap kepada pelawat-pelawat saya berpuas hati dengan ilmu ini. Untuk maklumat semua tembus pandangan atau terlawangan ini memang banyak saya akan mengeluarkan satu persatu.

Mana-mana ilmu sebenarnya sama sahaja syaratnya utamanya. Amalan wajib keatas umat islam janganlah ditinggalkan kerana ini merupakan syarat utama. Selain itu sebelum amalkan seseuatu ilmu itu kita mesti bebas daripada hadas besar dan kecil. Disini ingin saya memberi sedikit ilmu pengetahuan berkenaan dengan hadas besar sebab jika kita tidak menjaga hadas besar ini maka hendak sembahyang pun tidak sah dan jika kita amalkan ilmu didalam blog ini pun kebanyakan tidak menjadi dengan sempurna.

Saya rasa semua orang tahu niat hadas besar cuma mungkin ada yang tahu dan ada mungkin yang tidak tahu bahawa jika kita mengambil hadas besar kita air yang dicurah ke badan itu mesti kena keseluruhan tempat dan bahagian pada tubuh badan kita. Untuk mudah mengambil hadas besar dimana untuk memastikan kesemua tempat itu kena pada seluruh bahagian kita ambilah hadas besar di sungai atau laut kerana dengan cara ini saya pasti kesemua bahagian akan terkena. Jika kita mengambil hadas besar dirumah ada tempat-tempat yang perlu diberi perhatian.

Bagi lelaki dikawasan dubur dan pada kelamin. Bagi wanita pula dikawasan dubur dan dibawah kawasan payu dara. Kawasan yang tersepit ini memang sukar air kena pada kawasan tersebut. Paling elok jika kita mandi dalam keadaan berkain janganlah mandi dengan keadaan tanpa berkain. Kemudian gosok-gosoklah pada kawasan yang tersepit itu. Untuk memastikan kawasan itu benar-benar air terkena pada kawasan tersebut gunakanlah sabun pada kawasan yang tersepit itu jika kita merasakan licin atau melekit maka kawasan itu pasti tidak terkena air.

Selain itu kawasan yang sulit (kelamin) jangan disentuh dengan telapak tanggan. Itu mengapa jika kita mandi disarankan gunakan kain mandian. Selepas kita mandi maka jika boleh janganlah dilap biarkan ia kering sendiri. Akan tetapi jika ditempat kita itu sejuk bolehlah dilap. Perlu diingatkan jika kita dalam keadaan berhadas besar janganlah potong kuku, rambut, bercukur dan seumpanya mandilah hadas besar dahulu kemudian barulah potong seperti rambut, kuku dan seumpanya dengannya.

Selain mandi hadas besar ada satu mandi yang jarang kita tahu. Iaitu mandi Taubat. Mandi taubat ini biasa kita laksanakan jika kita ingin menunaikan sembahyang taubat. Sembahyang taubat kita membersihkan segala dosa pada jiwa, hati dan angota dalaman manakala mandi taubat pula kita membesihkan selaga angota luaran. Oleh itu jika anda ingin menunaikan sembahyang taubat saya sarankan mandi taubat dahulu niatlah dalam bahasa harian kita sendiri seperti contoh ” Sahaja aku mandi sunat taubat kerana allah” niatlah dalam hati.

Sekian Terima kasih

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s