ILMU MELIHAT SESUATU DALAM AIR

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Rasa sudah lama saya tidak menulis di dalam blog saya ini. Seperti perkara diatas yaitu Ilmu melihat sesuatu dalam air ini lebih kurang sama dengan anda lihat pada filem P.Ramlee yaitu Nujum bapak belalang.

Perlu diingat ilmu ini bukanlah mentera atau jampi serapah tidak perlu kemenyan tidak perlu limau atau seumpanya apa yang anda perlu sediakan cuma air hidup (yaitu air paip, air hujan, air sungai dan sebagainya) jangan gunakan air yang telah dimasak. Dan anda perlu sediakan cawan jernih seperti cawan orang kenduri khawin lakukan sembahyang hajat dan baca beberapa potong ayat. Insyallah apa yang anda hajati boleh dilihat pada air tersebut.

Perlu diingatkan juga janganlah pula mempergunakan amalan ini untuk tujuan tidak baik seperti mengaibkan orang lain atau seumpanya atau untuk di pergunakan untuk bermain judi. Buatlah untuk kebaikan. Sebenarnya ilmu ini merupakan cawangan ilmu terlawangan atau ilmu tembus pandangan. Jika anda sering mengamalkan ilmu ini tidak perlu gunakan cawan cuma anda menadah tangan yang berisi air pun anda boleh melihat sesuatu didalam air ini.

Perlu diingatkan juga amalan ini merupakan amalan perkara sunat oleh itu jika kita ingin mendapatkan sesuatu ilmu jangan lupa atau tinggalkan amalan wajib. Untuk mendapat ilmu itu bukan tugas yang mudah kita perlu menjaga hati dan kita perlu rajin melakukannya amalanya. Jangan ingat sekali buat terus menjadi lakukan sekerap yang mungkin jadikan ianya sebagai latihan insyallah akan dimakbulkan.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to ILMU MELIHAT SESUATU DALAM AIR

  1. ingin mempelajari ilmu penilik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s