CARA MEMBEBAS HUTANG KREDIT KAD

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Disini ingin saya menyebarkan sedikit maklumat berkenaan Tajuk yang diatas. Banyak pengunjung saya mengadu atau erti kata lain merujuk kepada saya bagaimana hendak melepaskan hutang kad credit atau hutang dimana seseorang itu menjadi penjamin atau hutang dimana seseorang itu telah muflis.

Semamangnya ilmu yang telah saya beri memang sudah lebih mencukupi. Sebenar ilmu merupa sebahagian ikhihar sahaja tidak lebih daripada itu. Jika kita mengamalkan sesuatu ilmu maka insyallah akan terbukalah pintu-pintu yang tertutup. Dimana kita tidak perasan atau kita tidak tahu. Kadang-kadang apabila kita mengamalkan sesuatu ilmu secara tidak langsung kita akan mengetahui sesuatu perkara dimana sebelum ini kita tidak tahu.

Saya amat mengerti bahawa apabila jika dalam keadaan berhutang maka kita tidak dapat menumpukan perhatian kepada ibadah. Memang hutang merupakan satu dugaan tidak semua orang dapat melalui. Bukan sahaja orang diperingkat bawah yang mengadu masalah ini ada juga orang peringkat atasan yang berpangkat yang mempunyai gelaran datuk ataupun datin ataupun ketua jabatan kerajaan atau swasta juga mengadu atau meminta nasihat perkara berkaitan dengan hutang.

Disini diharap dengan ilmu atau maklumat yang saya beri ini akan memberi sedikit sebanyak pengetahuan bagaimana hendak mengurangkan hutang kad credit. Saya rasa semua orang pernah dengar apa itu AKPK! Untuk pengetahuan semua jika anda mengalami masalah hutang kad kredit dan anda tidak dapat membayarnya maka janganlah duduk diam saya nasihatkan anda terus pergi ke pejabat AKPK disana anda akan ditemu ramah dan bincanglah berapa yang anda mampu membayar hutang-hutang kad kredit anda. Dan sebelum anda pergi berjumpa dengan pegawai AKPK maka bawalah semua surat pembayaran kad kredit anda dan nyatakanlah berapa yang anda mampu bayar untuk hutang kad kredit anda. Jika anda telah hilang pekerjaan pun boleh pergi berjumpa pegawai AKPK dan nyatakan berapa yang anda mampu bayar. Kemudian AKPK akan mengeluar satu surat akan dikeluarkan atau dihantar ke bank anda. Pekara ini amat tidak disukai oleh pemunggut hutang kad kredit dimana apabila surat ini telah dikeluarkan maka bagi mereka tiada komisyen akan diberikan oleh pihak bank. Sebenarnya orang yang menalifon anda untuk menyuruh membuat pembayaran bukanlah orang bank akan tetapi telah di beri kontrak kepada syarikat yang tertentu. Oleh itu jika anda mengalami masalah hutang kad kredit maka segeralah pergi ke pejabat AKPK.

Manakala jika anda mengalami masalah telah diistihar musflis maka anda boleh pergi ke pejabat Jabatan Insolvensi dan bincangkan dengan pegawai disana. Dan nyatakan berapa yang anda mampu bayar. Ada yang memberi maklumat kepada saya dimana kadar pembayaran berpatutan ada yang membayar minima RM50 – RM 100. Oleh itu bersegeralah pergi ke jabatan itu untuk mendapat maklumat apa document yang perlu disediakan.

Setiap didunia ini ada pintu dan ada kunci. Maka setiap masalah itu ada jalan keluar maka carilah jalan keluar.

Harap maklum

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s