IKHLAS

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Ikhlas dan kehidupan manusia saling kait mengait diantara satu sama lain. Setiap apa pekerjaan maupun ibadah kita perlu melakukan dengan hati yang ikhlas jika tidak apa yang kita buat tidak akan membuahkan kejayaan atau hasilnya yang baik.

Memang senang kita mengungkap perkataan itu akan tetapi sebenarnya ikhlas merupa satu perkara yang amat sukar kita lakukan. Saya sendiri pun kadang-kadang amat sukar melakukan akan tetapi jika kita membiasakan diri dengan melakukan satu-satu perkara itu insyallah tanpa kita sedari pada awalnya dengan perasaan terpaksa akan menjadi suka atau amat seronok kita lakukan maka disitu timbullah keikhlasan dengan tanpa kita sedari.

Ikhas amat penting dalam kehidupan kita. Tanpa Ikhlas maka banyak masalah samada kita sedar atau tanpa kita sedari. Bsru-baru ini saya telah pekerjaan di diklasifikasikan sebagai broker ini adalah kerana saya ingin melihat atau ingin mengetahui apa tugas seorang broker. Banyak juga pengalaman yang saya dapat dan yang saya dapat.

Pada awalnya saya memang berapa suka dengan ajakan seorang individu akan tetapi entah macam mana rasa ingin tahu maka saya melakukan kerja-kerja broker pasir, broker tanah, broker AP kereta, broker AP besi dan broker projek yang agak besar main harga juta-juta. Memang amat menakutkan saya sendiri sebenarnya takut mendengarnya. Broker dengan projek atau penjualan sesuatu produk juta-juta adalah perkara biasa. Semua kerja yang mereka lakukan akan melibatkan juta-juta.

Sebagai contoh pengalaman saya menjual pasir. Untuk pengetahuan semua Untuk Negeri selangor harga 1 ton pasir jika tidak silap lebih kurang RM 12.00 perton (pasir kotor) jika kita membuat pembelian daripada sebuah badan yang dikawal selia orang kerajaan negeri selangor. Memang pasir itu telah sedia dan boleh diambil daripada badan itu. Akan tetapi adat orang berniaga mesti akan mencari yang termurah sehingga mencari pasir-pasir yang mereka beli itu adalah yang diambil secara yang tidak sah yaitu tanpa doket atau permit. Disini barulah saya tahu apa itu tonto biasanya mereka yang membuat pembelian dengan cara yang tidak sah mereka akan mengunakan tonto-tonto untuk mengawal pergerakan. Daripada RM22.00 mereka membeli pasir itu tanpa permit atau doket dengan harga RM 5.00 – RM 6.00 setan. Maka tidak hairanlah kebanyakan rumah yang kita diami ada sahaja masalah seperti keretakan atau dengan seumpama denganya. Untuk pengetahuan semua kadang-kadang kerja pengambilan itu tidak diketahui oleh Tuan punya syarikat atau CEO syarikat.

Biasanya orang dalam syarikat tersebut yang membuat kerja-kerja itu ini semua ingin mengaut keuntungan dan sebenarnya Tuan punya syarikat atau CEO syarikat tidak tahu bahawa orang-orangnya telah membuat pembelian pasir tersebut. Akan tetapi orang-orang dalam itu akan meletakan harga pada order RM 12.00 maka RM 6.00 itu akan dibahagi-bahagi kepada orang-orang tertentu termasuklah broker dan tonto-tonto. Kebiasaanya orang yang melakukan kerja-kerja ini ada jawatan yang agak tinggi didalam syarikat tersebut. Oleh itu kepada CEO atau tuan punya syarikat ambilah langkah berjaga-jaga pastikan setiap pembelian perlu disertakan dengan doket dan permit. Disini saya ingin menasihati kepada CEO atau tuan punya Syarikat periksa betul-betul dan jangan percayakan kepada orang diamanah itu secara bulat-bulat. Walapun ada pasir yang dijual murah seperti pasir di luar selangor RM 8.00 – RM 9.00 mereka masih mengambil pasir dimana mereka akan mengambil untung.

Begitu juga dengan kerja-kerja yang pernah saya buat yang lain. Masing-masing kejarkan keuntungan. Disini saya terfikir dinamakan letaknya keikhlasan. Wang ringgit menutup mata kita. Wang merupa raja segala-galanya. Banyak juga pengalaman saya mungkin saya tidak boleh ceritakan disini. Cuma saya terfikir sebenarnya keikhasan telah ditarik daripada hati-hati kita. Oleh itu jagalah ia. Dan berhati-hatilah dengan apa yang kita buat.

Berbalik kepada tajuk Ikhlas. Kebanyakan pasangan-pasangan yang menghantar email kepada saya berkenaan ada orang 3 samada yang telah berkhawin ataupun yang belum berkhawin. Sebenarnya jika kedua-dua pihak ikhlas melakukan sesuatu insyallah kehidupan akan lebih bahagia kita tidak maka kesedihan akan melanda. Janganlah berpura-pura atas sebab ingin sesuatu. Jika kita mempunyai sumber kewanggan yang banyak maka orang akan senang dan sayang kita. Akan tetapi jika kita dizaman kejatuhan maka orang yang dekat akan benci dengan kita. Inilah yang terjadi sekarang. Oleh itu disini kita harus beringgat sentiasa fikirkan samada orang itu benar-benar ikhlas dengan kita sebelum meneruskan perkhawinan atau sebelum meneruskan percintaan atau seumpanya dengannya. Jika kita jatuh kebiasaannya kita ditinggalkan atau dihina. Ada sau kes yang saya terima secara ringkas individu itu telah pun berkhawin atas sentiasa dihina, dicemuh, dipersenda oleh isterinya entah macam mana beliau telah berjaya dalam biz besinya. Maka dia telah menjatuhkan talak dan berkhawin dengan seseorang dimana dimasa susahnya memberi peransang. Beliau meminta nasihat kepada atas disebabkan isterinya yang pertama tadi merayu-rayu ingin bersama dengan beliau semula. Disinilah kita perlu ikhlas dengan setiap apa yang kita kerjakan kita tidak tahu tuah seseorang. Oleh yang demikian kita perlu ikhlas dan banyak bersabar.

Kadang-kadang ada individu tertentu membuat pertanyaan dengan ilmu samada mustajab atau tidak.Kadang-kadang susah ingin menjawapnya kerana ianya bergantung kepada diri kita sendiri. Jika kita ikhlas maka insyallah akan membuahkan hasilnya. Akan tetapi jika kita tidak ikhlas mungkin lambat sedikit akan membuahkan hasilnya. Sebagai contohnya jika kita ingin mengamalnya sesuatu ilmu itu pada awalnya kita rasa terpaksa melakukan jika kita ulang-ulang melakukannya insyallah daripada rasa terpaksa akan bertukar menjadi suka melakukan maka disitulah timbul ikhlas tanpa kita sedar.

Oleh itu daripada semasa ke semasa belajarlah untuk mengikhlaskan diri kita. Memang apa awalnya kita tidak faham atau mengerti sama juga terjadi pada saya memang pada awalnya memang tidak faham bagaimana ingin ikhlas dan bagaimana ikhlas itu terjadi dan apa yang perlu saya buat untuk menjadikan sesuatu yang saya buat itu ikhlas. Kebiasaanya tanda-tanda ikhlas ada banyak tapi satu tandanya ialah kita suka melakukan dan berseronok melakukannya.Oleh itu cuba-cubalah mengikhlaskan diri insyallah apa yang kita lakukan akan membuahkan kejayaan.

Sekian harap maklum

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s