HIDUP KESUSAH DUNIA

Assalamualaikam dan salam sejahtera,

Merujuk kepada perkara diatas, saya rasa kesemua manusia sering kali diuji dengan kesusahan hidup dunia samada berbentuk kemiskinan, kelaparan, kebuluran, percintaan, harta bendak dan seumpama denganya.

Seperti saya juga tidak pernah terlepas daripada segala kesusahan. Saya juga manusia semamangnya sering kali diuji kadang-kadang rasa macam tidak sanggup untuk meneruskan kehidupan didunia ini. Dengan itu kita dikurniakan dengan akal fikiran untuk memikirkan bagaimana hendak meneruskan kehidupan. Janganlah membuat perkara-perkara yang dilarang. Jika diuji baliklah kepangkal jalan bacalah al-quran. Saya tahu kebanyakan kita tidak tahu membacanya untuk sementara zikirlah mana yang kita ingat. Sekurang-sukurangnya beristifarlah banyak-banyak.

Disini ingin saya berkongsi dengan anda jika saya di rundum kesusahan saya sering membaca ayat 155 -157 dan 2 ayat terakhir daripada surah itu.Carilah maknanya di tafsir al-quran insyallah kita tahu kenapakah dan tujuan kita dihidupkan. dan amalkan 2 ayat terakhir sebagai zikir dan doa selepas apa-apa sembahyang samada sembahyang sunat ataupun sembahyang wajib.

Dan disini saya ingin mengajar ilmu ” Inna Lillah wa Inna illahi Rajiun” sebenarnya jika anda ditimpa dengan kesusahan atau mala petaka maka sebutlah ayat ini. Sebenarnya ayat ini bukanlah hanya untuk orang yang meninggal dunia akan tetapi jika anda ditimpa dengan sebarang bencana atau malapetaka maka bacalah ianya. Memang kebiasaan ayat ini sering dibaca kita orang yang kita kenali telah meninggal dunia dan jarang sekali jika baca masa kita didalam kesusahan. Maka bermula daripada sekarang jika kita di timba dengan kesusahan, malapetaka dan bala bencana bacalah atau sebutlah ” Inna Lillah wa Inna illahi Rajiun” insyallah anda akan merasa kelegaan atau hati akan menjadi agak senang atau gembira dan akan terlepas beberapa perkara yang merunsingkan.

Sekian Terima kasih

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s