ILMU PENGASIH PERINGKAT PERTAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasanya sudah lama saya tidak menulis apa-apa didalam blog saya ini adalah disebabkan kesibukan dan kadang-kadang tidak ada masa untuk menulisnya. Setiap hari ada sahaja permasalahan yang saya terima kadang-kadang untuk menjawap satu email memakan masa yang agak lama.

Baru-baru ini ada seseorang bertanyakan berkenaan dengan ilmu jika ada tidak supaya membuat anunya naik semula. Saya harap kita ini cukup dewasa saya harap apa yang hendak saya tulis tidaklah menyentuh mana-mana pihak apa yang saya tulis ini telah pun berlaku.

Untuk pengetahuan saya memang mengetahui dan ada ilmu membuat anu lelaki tidak naik tetapi amat jarang sekali saya beri kerana takut disalah gunakan. Pada mulanya saya hanya mengajar pada seseorang entah macam mana seorang demi seorang meminta daripada saya. Kadang-kadang naik pening kepala hendak beri salah tak diberi pun salah jadi serba salah dibuatnya. Selain daripada ada pula tak berhenti-henti sms ataupun telepon sahaja bila saya lihat email pula bertubi-tubi mengemel saya. Kadang-kadang rasa tak sampai hati dibuanya.

Dan baru-baru ini ada seorang lelaki (suami) meminta tolong dimana jika ada cara untuk menaikan semula alat kelaminnya. Apabila saya minta nama isterinya maka nama isterinya seperti saya ketahui dan apabila saya memeriksa rekod email saya memang sah dinama isterinya saya telah memberi ilmu dimana membuat anu suami tidak naik pada orang lain akan tetapi naik pada dirinya (isteri) sahaja.

Melalui email isterinya menyatakan bahawa dia mengesaki suaminya makan luar atau melakukan persetubuhan luar nikah. Pada awalnya saya takut disalah guna bermacam-macam si isteri beri banyak bukti perkhawinan kepada saya seperti surat nikah, gambar khawin dan seumpanya dengannya. Oleh yang demikian ingin saya nasihatkan kepada para suami jika berkemampuan dan jika ingin berkhawin lain mintalah kebenaran isteri janganlah melakukan persetubuhan haram. Jika anda (suami) berkemampuan insyallah isteri anda akan mengizinkan dan janganlah ikut kehendak nafsu sangat.

Kita berbalik kepada Ilmu seperti tajuk diatas, Untuk maklumat semua ilmu ini memang lama ada didalam simpanan saya oleh kerana kebanyakan tidak mampu melakukan atau mengamal ilmu penyeru pasangan maka saya rasa ilmu ini sesuai. Akan tetapi ilmu janganlah dibuat main-main bagi yang belum khawin. Dan jangan lakukan untuk membalas dendam atas disebab yang tertentu. Ini juga yang saya takut buatlah untuk kebaikan. Untuk maklumat semua ilmu seperti perkara diatas tidak ada kena mengena dengan ilmu supaya anu lelaki tidak naik.

Untuk pengetahuan semua kesemua ilmu yang ada didalam laman saya merupakan ikhtihar sahaja yang mementukan ialah allah swt. Oleh yang demikian kadang-kadang ilmu kita tak menjadi kenalah lihat dari segi niat, permakanan, solat dan seumpanya. Disini ingin saya titik beratkan ialah permakanan dan solat yang telah diwajibkan kepada seorang muslim.

Baru-baru ini saya ada membaca satu buku tentang produk permakanan minta maaf lupa apa nama judul buku itu insyallah jika saya ingat insyallah saya akan nyatakan dalam blog saya ini kerana buku itu saya baca sekali lalu dirumah kenalan saya.

Untuk pengetahuan semua minyak babi ini banyak sungguh kegunaannya seperti pengawet oleh yang demikian kita boleh ingin membeli produk jenis yang tahan lama belilah produk yang dibuat atau diusahakan oleh orang islam sudah tentu kehalalnya. Kita sebagai islam kenalah berwaspada kepada musuh islam dimana mereka ini akan menhancurkan orang islam dengan cara meletakan benda yang haram didalam produk makanan dan kita kenalah kaji dan lihat siapa pengilangnya dahulu jika kita yakin maka makanlah dan jika kita tidak yakin atau was-was janganlah makannya.

Sekian terima kasih

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s