Salam Maal Hijrah

Assalamualaikuma dan salam sejahtera,

Selamat menyambut tahun baru islam 1431 kepada semua dan saya mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kesudian saudara-saudari melawati laman yang tidak seberapa ini.

Ada diantara kita yang tahu dan juga ada diantara kita yang tidak tahu rahsia bulan muharam ini. Untuk pengetahuan semua Bulan muharam bagi saya amatlah penting sekali kerana ianya merupakan tahun baru islam dan pada bulan inilah kita perlu banyak beribadah, berpuasa sunat, bersedekah dan yang seumpamanya.

Jika boleh kepada semua yang telah membeli e-book saya sila amalkan sebanyak mana yang boleh ilmu-ilmu yang telah saya berikan kerana banyak kelebihan 10 hari pertama ini. Jika anda didalam kesempitan rezeki sila amalkan ilmu rezeki tanpa henti sebanyak-banyak yang boleh ataupun ilmu kebesaran yahuu sebanyak-banyak yang boleh ataupun amalkan ilmu 70 hajat sebanyak-banyak yang boleh ataupun saudara-saudari boleh amalkan ilmu yang lain selain yang saya sebutkan tadi insyallah pada tahun ini dengan izinnya rezeki akan melimpah ruah walaupun kita dalam kesusahan insyallah akan dicukupkan dengan sebaik yang mungkin.

10 hari yang pertama dalam bulan muharram cukup penting bagi saya kerana dengan izinnya insyallah apa yang kita hajati atau minta akan diperkenaankan. Disini saya ingin mengigatkan supaya bersegeralah membaca doa awal tahun bagi Doa hujung tahuan sebaik-baiknya kita baca sebelum masuk diakhir waktu asar yaitu semalam. Doa Awal tahun ini cukup penting dibaca dan perlu dibaca sebanyak 3 kali.

Dan saya percaya di dalam 10 hari pertama sebelum hari asyura kita ini diuji dengan bermacam-macam perkara. Cuba kita lihat sahajalah pada semalam rasa saya banyak diantara kita tidak pergi ke masjid untuk bersama-sama membaca yassin ini mungkin kerana agaknya ramai daripada kita melihat perlawanan bola sepak diantara malaysia dan vietnam samada kita sedar ataupun tidak itu merupakan ujian kerana banyak kelebihan jika kita bersama-sama menyabut maal hijrah di masjid-masjid. Dan saya juga percaya pada bulan muharram ini terutamanya 10 hari pertama banyak sungguh dugaan ataupun cobaan yang kita akan terima kerana pada bulan ini al- maklum syaitan akan berkerja keras supaya dicacatkan segala amalan kita pada bulan ini yaitu bulan muharram .Saya sendiri pun diuji supaya membuat kearah kejahatan seperti berbuat maksiat dan perkara-perkara yang seumpanya.

Oleh demikian ingin saya mengingatkan berwaspada dan beringatlah selalu dan jika boleh lakukan ibadah sebanyak yang mungkin, memperbanyakan sedekah dan berpuasalah kerana banyak kebaikannya pada bulan ini.

Sekian Terima kasih

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s