Selamat Tahun Baru

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Rasa tidak lambat saya mengucapkan selamat tahun baru dan saya mengucapkan juga terima kasih kepada anda semua diatas sokongan yang telah diberikan kepada saya.

Pada malam 1hb Jan 2010 amat banyak sekali sms yang saya terima dan tidak mampu saya untuk menjawabnya. Kerana pada malam itu telah berlaku 3 kebaikan kerana pada malam tersebut adalah 15hb melayu dan jatuhnya pada malam jumaat dan jatuhnya juga malam bulan gerhana dimana pada malam itu gerhana bulan telah berlaku pada jam 1.30 – 5.00 pagi.

Banyak sms dan panggilan yang saya terima kebanyakan bertanyakan apa amalan yang sepatutnya dilakukan dan bagimana hendak sembahyang gerhana. Sebenar pada bulan muhharam ada 4 hari yang paling penting untuk kita beramal yaitu pada 1, 13,14 dan 15 muharram. Kerana pada malam itu kebanyakan ilmu amatlah mustajab jika kita beramal kepada mereka yang tahu jika mereka yang tidak tahu masih ada malam-malam lain yang boleh jika beramal jangan risau.

Mungkin ada diantara kita yang tahu sembahyang gerhana dan mungkin ada yang tidak tahu bagaimana sembahyang gerhana. Sembahyang gerhana cukup penting bagi saya kerana jika kita bersembahyang gerhana insyallah apa yang kita minta akan cepat dimakbulkan. Cara untuk sembahyang gerhana berlain sedikit dengan sembahyang sunat yang lain dimana perbezaanya ialah kita rukuk dua kali pada rakaat pertama dan rakaat kedua dan sudah tentu apabila kita sesudah rukuk maka kita perlu baca al-fatihah dan baca mana-mana sudah yang kita suka. Pemilihan surah yang amat saya suka ialah ad-dhuha dan ikhlas. dan yang lain seperti sujud dan lain-lain adalah sama sahaja dengan sembahyang-sembahyang lain. Jika berlaku gerhana samada matahari atau bulan lakukanlah solat gerhana untuk masa-masa akan datang disini sudah saya beritahu maka terpulanglah kepada anda untuk melakukan.Jika boleh lakukanlah beramai-ramai di masjid surau dan seumpamanya kerana ianya lebih baik daripada kita sembahyang bersendirian.

Sebenarnya malam 1hb jan 2010 amatlah istimewa kerana susah hendak mendapatkan ketiga-ketiga seperti yang saya sebut seperti diatas dalam satu malam jika yang tahu memang pada itu amat ditunggu-tunggu banyak pihak yang tahu tentang keistimewaannya. Jika terlepas tidak mengapa masih ada beberapa hari lagi untuk kita beramal sebelum ini saya ada menyebutkan keistimewaan bulan muharram maka beramalah sebanyak yang mungkin dalam bulan ini kerana banyak kebaikan jika kita beramal insyaallah apa yang kita minta akan segera di tunai olehnya.

sekian harap maklum

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s