ILMU UNTUK MEWAH REZEKI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Soal rezeki sememangnya amat sulit hendak diperkatakan ataupun diuraikan. Saya pernah laluinya memang jika ikut pengalaman saya sememangnya jika tidak tahan ataupun jika kita tidak mempercayai rukun Islam kelima saya juga akan hanyut. Oleh yang demikian jika saudara-saudari diuji dengan kesempitan rezeki adalah disarankan banyak-banyak bersabar dan memperbanyakan berzikir serta mengigatinya.

Pada satu ketika dahulu sesama saya disempitkan dikotak kepada saya seperti ingin menamatkan hidup sahaja. Kerana pada ketika itu apa yang saya fikirkan ialah jika saya menamatkan kehidupan saya maka segala masalah kita akan selesai. Disini saya mengucapkan bersyukur kerana dapat nasihat yang amat berguna daripada banyak pihak terutamanya pihak pengajar saya dan imam serta siak di kariah saya.

Persoalan kenapa kita menjadi miskin ? Itulah yang mereka suruh untuk saya memikirkan sehingga kita saya masih memikirkan walaupun tentang masalah ini sedikit demi sedikit dapat saya uraikan. Oleh itu para pengajar saya menurun satu ilmu untuk menjawab persoalan ini. Ilmu yang pertama yang diturunkan ialah ilmu melepaskan bebanan hutang. Disuruh saya menghafalnya dan mengamalnya dan sehingga kita saya mengamalnya apa yang saya rasa ilmu ini cukup main pentingnya kerana kerana ada beberapa persoalan kenapa kita dimiskin ada jawapannya?

Diantara jawapanya dalam diri saya ialah

1. Supaya kita mengenal diri kita
Sebenarnya kita tidak mengenal diri kita 100% apa yang kita kenal ialah keburukan orang lain. Sepatutnya kita mestilah kenal diri kita dan apa tujuan kita dihidupkan dan seumpama dengannya.

2. Supaya membuang sifat yang buruk
Untuk pengetahuan semua saya dahulu prilaku ataupun sikap saya memanglah buruk sekali sepertinya saya memang seorang yang pemarah, irihati, sombong, ego, suka memarah anak isteri dengan cara tidak betul dan seumpanya oleh yang demikian jika kita miskin insyallah sifat2 itu dapat saya perbaikinya.

3. Supaya dapat menjaga orang tua
Sebelum saya dimiskinkan sememangnya saya tidak memperdulikan orang tua saya dan kadang-kadang orang tua saya ada terlepas perkataan yang menyakiti hati mereka. Selepas saya dimiskinkan maka barulah saya tahu sifat buruk saya mencuba meperbaiki sifat ini.

4. Supaya dapat menjaga isteri dan anak-anak
Sebelum saya dimiskinkan memang saya tidak ada masa untuk anak dan isteri. Saya lebih suka meluangkan masa bersama rakan2 seperti memancing bermain kuda mesin dan seumpamanya. Pada ketika ini semua keperluan rumah dan anak-anak dapat saya jaga dengan lebih baik daripad dahulu. Sehinggakan barang2 keperluan rumah saya belikan.

dan banyak lagi keburukan saya. Oleh itu selepas dimiskinkan barulah saya tahu kenapa dan musababnya. Disini saya ingin menasihatkan terutamanya para isteri jika suami anda tidak mampu memberi nafkah daripada sepatutnya ingin saya nasihatkan supaya bantulah suami anda dan berilah bantuan secara moral atau mengeluarkan kata-kata semangat janganlah pula asyik dimarah suami kita ini akan menimbulkan porak peranda dan banyak masalah yang kecil diperbesar-besarkan.

Saya ada individu yang saya berikan ilmu berkenaan rezeki dimana mengikut katanya dimasa beliau jatuh miskin isteri yang pertamanya asyik membebel ataupun melepaskan geram ataupun sering dimarahinya sehinggakan meminta cerai. Saya menasihatkan jangan bercerai berai kerana jika bercerai maka banyak masalah akan dilaluinya dan bersabar sahajalah biarkan isteri membebel, memarahi ataupun seumpanya dengannya nanti tentu ada balasanya atas perbuatan isterinya. Sekarang ini beliau hidup senang apa yang diceritakan selepas disenangkan barulah isterinya sedar dan isteri-isterinya berlumba2 memberi kasih sayang secukupnya kepadanya. Dan sekarang ini dia merupakan seorang pengusaha besi.

Oleh itu para isteri disini saya nasihatkan janganlah memberi layanan yang buruk kerana tentu ada balasan sebenarnya cerita diatas cukup panjang saya pendekan sedikit. Sayangilah suaminya apa yang diminta oleh suami maka berikanlah asalnya tidak melapaui batas yang sepatutnya. Miskin sebenarnya hanyalah bersifat semantara akan tetapi ingin senang maka kenalah berusaha selepas itu bertawakalah insyallah tentu ada jalan keluar.

Sekian terima kasih

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to ILMU UNTUK MEWAH REZEKI

  1. khairul says:

    saya menghadapi masalah perniagaan dan kewangan yg serious, bolehkah tuan membantu saya. TQ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s