Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Saya minta maaf kerana sudah agak lama tidak menulis dalam bloq dan banyak juga yang menghantar sms kepada saya bertanya kenapa saya samada E-book masih jual lagi saya minta maaf banyak SMS tidak dapat saya jawab ini bergantung kepada credit hand phone kadang-kadang tidak mampu saya menjawab semua pertanyaan melalui sms walaubagaimana pun jika ada mana-mana sms yang tidak terjawab sila sms semula insyallah saya akan menjawabnya.

 

Ramai juga bertanya samada laman ilmupengasih.com masih wujud lagi. Sebenarnya saya terlupa renew domain tersebut insyallah dalam masa terdekat saya akan cuba renew domain tersebut.

 

Selain daripada itu saya telah memasukan beberapa ilmu terbaru cuba jika ada kelapangan akan menulis dalam blog.

 

Disini saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru diharap tahun 2013 lebih baik daripada 2012

 

Sekian terima kasih

Posted on by buyexxx | Tinggalkan komen

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Disini ingin saya mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri dan saya mohon ribuan kemaafan jika saya ada melakukan salah dan silap harap dimaafkan.

Rasanya agak lama saya tidak menulis dalam blog ini kerana agak sibuk sejak kebelakangan ini beberapa urusan perlu diselesaikan dan insyallah dalam beberapa hari lagi saya akan mengeluarkan beberapa ilmu yang terbaru. Bagi yang telah emel kepada saya minta emel kepada saya semula insyallah saya akan menjawabnya.

 

sekian terima kasih

 

 

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

ILMU RAHSIA ASTAGFIRULLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasanya tidak terlewat saya mengucapkan kepada muslimin dan muslimat selamat menyambut raya raya idul fitri. Pada bulan ramadan serta syawal ini saya memang sibuk sedikit daripada bulan-bulan yang lain.

Rasaya semua kita biasa menyebutnya dan mengukapnya akan tetapi adakah kita menjadikan ianya sebagai zikir harian. Biasanya kita akan mengungkapnya jika kita ataupun orang disekeliling kita ditimba masalah, kemalangan, kecelakaan dan seumpanya dengannya.

Akan tetapi tahukah jika jika kita menjadikan ianya sebagai zikir harian maka sungguh banyak khasiatnya seperti berikut

  • Insyallah dengan izinnya jika kita mempunyai hutang yang banyak akan dilunaskan
  • Insyallah dengan izinnya jika kita berdoa maka akan dimakbulkan
  • Insyallah dengan izinnya jika kita tiada harta akan diberi harta tanpa dapat difikir dengan fikiran manusia
  • Insyallah dengan izinnya jika kita tidak mempunyai anak maka akan diberi anak tanpa dapat difikirkan dengan akal manusia
  • Insyallah dengan izinnya jika kita mempunyai sebarang masalah akan diberi pertunjuk ataupun diberikan jalan keluar daripada masalah yang kita hadapi
  • Insyallah dengan izinnya jika kita berniaga barang tidak laku ataupun tidak ada pelanggan maka akan diberi kelarisan

Sebenarnya banyak lagi keistimewaan boleh dikatakan daripada segala sudut kemanusian jika kita beristifar maka semua masalah dapat diatasi tanpa dapat difikirkan oleh akal manusia. Saya memohon kepada pembaca blog saya janganlah jika ditimpa malapetaka atau kesusahan barulah kita ingin mewiridkan ataupun dizikirkan buatlah secara sederhana insyallah apabila anda merasa seronok kadang-kadang kita tiada sedar yang mana kita telah menzikirkannya selama 1-2 jam lagi dizikirkan lagi seronok rasanya akan tetapi sebelum dizikirkan maka dihadiahkan al-fatihah seperti yang tertera pada laman utama ataupun mereka-mereka yang telah membeli e-book saya maka sila lihat pada ilmu tasbih yunus. Selepas dihadiahkan maka zikirlah “astagfirullah al-azhim” sebanyak mana yang anda suka dan jika sudah puas maka janganlah mengankat punggung kita doalah mintalah apa-apa yang kita inginkan insyallah pada segala hajat kita akan ditunaikan . Sebenarnya beristifar ini ada banyak jenis pelajarilah ianya jika boleh amalkan istifar nabi memang agak panjang sedikit akan tetapi dengan “astagfirullah al-azhim” pun sudah mencukupi

Akan tetapi mungkin setelah anda mengamalkan jika kita sakit saya minta teruskan jika kita sakit maka buatlah pada kadar yang kita rasa termampu. Kadang-kadang orang ada bertanyakan kepada saya kenapa ianya panas ataupun ianya mendatangkan penyakit seperti demam yang agak panjang daripada biasa ataupun selesema yang agak panjang. Itulah satu pertanda baik kerana mungkin kita dalam hidup ada melakukan kesilapan ataupun kesalahan maka dibumi kita telah menerimanya selepas deman ataupun sakit insyallah anda akan merasakan sesuatu kesenangan dalam hati. Insyallah apa-apa yang anda lakukan akan membuahkan hasil. Seperkara lagi ada juga yang bertanya kepada saya kenapa ada setengah-setengah barang makanan yang dimakan tidak lama kemudian kita muntah ataupun cirit birit ataupun seumapanya.

Soal makanan ini agak sukar saya hendak katakan ini anda kenalah belajar sendiri. Akan tetapi anda boleh membeli buku dihalal hub saya tidak berapa ingat penulis buku sebab buku tersebut telah hilang insyallah setelah anda membacanya memang menakutkan dimana memang tidak boleh saya sebutkan disini. Carilah buku-buku berkenaan permasalah permakanan. Salah satu contoh boleh saya berikan ada tiga iklan coklat yang biasanya dipaparkan di kaca TV sebenarnya tidak halal oleh itu lihatlah dahulu lebih halalnya jangan terus main beli. Disini saya berpandangan sepatutnya iklan-iklan makanan yang haram seharusnya dilarang daripada keluar di kaca TV kita kerana TV ini boleh memberi impak yang mendalam didalam akal kita.
Oleh itu jagalah permakanan kita jika kita muntah maka cuba elakan kita membeli produk tersebut belilah produk yang kita rasa yakin.

Makanan yang adalah perkara yang penting perlu di titik berat. sebab cuba kita fikirkan kepada orang kita dizaman ini banyak berlaku pembuangan bayi, bunuh sesama menusia, berjudian, rumah urut bersepah, penzinaan, bunuh diri ataupun seumpanya. Makanan jika tidak betul-betul halal ianya mempengaruhi nafsu kita. Oleh itu sebelum kita membeli sesuatu kita harus berjaga-jaga lihat dan periksa sebelum membeli kadang-kadang peniaga ini jahat juga meletakan produk yang tidak halal di tempat yang halal insyallah jika kita menjaganya maka permasalah sosial dan nafsu kita dapat kita bendung.

Jika kita mengamalkan setiap hari maka secara tidak langsung keistimewaan yang kita tidak sedari akan keluar dengan tanpa disangka-sangka ataupun tanpa kita sedari. Setiap manusia ataupun insan telah diberi keistimewaan tersendiri dengan cara kita beristifar keistimewaan itu akan keluar dengan tanpa kita sedari.

Sebenarnya memang banyak sekali rahsia astagfirullah ini memang banyak sekali disini memang saya tidak dapat nyatakan berapa jumlah yang perlu kita zikirkan. Ikutlah kemampuan masing-masing jika kita ingin sesuatu istimewaa maka lakukan ianya dengan yakin, tawakal, istiqomak dan sabar insyallah apa yang kita hadapi akan mendapat jalan keluar. Lakukanlah mula hari ini selagi nyawa kita dikandung badan jika kita telah diambil pergi tidak gunalah lagi insyallah kita akan merasa menyesal dikemudian hari.

sekian terima kasih

Posted in Uncategorized | 11 Komen

ILMU TASBIH YUNOS (SOLAT HAJAT)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Merujuk kepad perkara diatas, sebenarnya untuk solat hajat banyak versi-versinya jika kita lihat apa yang tertulis didalam buku maka daripada satu buku ke buku yang lain kadang-kadang ada sedikit kelainan samada pada surahnya ataupun semasa sujudnya.

Ilmu yang akan saya perturunkan agak panjang sedikit daripada biasa mungkin ianya akan mengambil sama dalam 1jam – 1jam 30 min jika untuk mengamalkan akan tetapi jika kita sudah biasa maka kita rasa ringan untuk membuatnya akan tetapi kepada yang baru-baru mula memanglah rasa penat sedikit akan tetapi insyallah apa yang kita minta samada sekejap ataupun lewat ia akan dimakbulkan juga.

Kadang-kadang dihati saya rasa ini ingin membantu dan kadang-kadang ada diantara pembeli e-book saya dimana meminta membuat sesuatu kebiasaanya akan solat hajat bagi mereka. Saya tidak berapa suka mementingkan diri sendiri maka disini mana-mana individu yang mempunyai hajat yang dirasakan kecemasan maka bolehlah emailkan kepada saya insyallah jika mana yang boleh saya bantu saya akan bantu sedaya upaya saya kerana kadang-kadang saya buat untuk diri sendiri sahaja akan tidak menjadi kesulitan bagi saya untuk menyelitkan sedikit hajat anda akan tetapi saya minta janganlah melampaui batas kerana kebanyakan kadang-kadang ada individu-individu yang tertentu bersikap memaksa. Oleh yang demikian anda boleh tuliskan hajat anda dan diemailkan kepada buyexxx@ilmupengasih.com

sekian terima kasih

Posted in Uncategorized | 2 Komen

ILMU SALAMUN QAULAM (YASSIN 58)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Merujuk kepada perkara diatas ilmu boleh dikatakan lama jugakan saya telah diijazahkan oleh pengajar saya. Untuk pengetahuan semua ilmu ini lebih kurang sama dengan ilmu kebesaran yahuu cuma bezanya diantara ilmu kebesaran yahuu dan ilmu salamun qulam ini ialah dikurniakan keselamatan daripada banyak segi cuma jika kita amalkan dalam masa yang tertentu kita telah dapat kesannya

khasiat jika kita mengamalkan ilmu ini adalah seperti berikut
1 Ianya boleh dihadikan sebagai pengasih
2 Ianya boleh memanggil pulang seseorang terutamanya untuk suami isteri.
3 Jika kita ada masalah yang urgent ataupun kecemasan adalah baik kita mengamalnya supaya dikurnia keselamatan dan hajat
4 Jika anak, kita ataupun seumpamanya dengan ini ingin pergi ujian maka adalah elok kita amalkan boleh dikatakan ianya boleh jadi seperti air menerang hati cuma bezanya tidak mengunakan air cuma doa semata-mata.
5 Ianya boleh dijadikan keselamatan rumah dimana orang yang ingin memasuki rumah kita atas tujuan untuk mencuri ataupun berbuat khianat seperti menanam benda di kawasan rumah maka orang tersebut tidak berjaya memasuki rumah kita.

Sebenarnya banyak lagi kegunaan ilmu ini akan tetapi masa yang paling baik kita amalkan ialah dihujung-hujung waktu asar yakni lebih kurang dalam 45 min ataupun 30 min sebelum waktu magrib. Jangan pula melewatkan sembahyang asar. Kerana waktu itu adalah amat mustajab sekali.

Disini adalah baik saya menerangkan kenapa waktu itu amat mustajab sekali. Untuk pengetahuan semua selepas waktu asar tiada penjaga atapun malaikat yang ada kerana masa asar merupakan waktu malaikat yang menjaga kita akan bertukar shif oleh itu jika boleh janganlah tidur pada waktu itu kebanyakan daripada kita amat suka tidur pada waktu itu dan untuk pengetahuan semua kebarang kalian untuk kena strok adalah tinggi jika kita tidur pada waktu itu selain daripada itu jika kita tidur pada waktu itu kita akan mimpi yang bukan-bukan oleh itu cuba jangan tidur pada waktu itu. Dan apabila kita mengamal sesuatu sebelum waktu masuknya waktu magrib jika kita mengamalkan sesuatu pada waktu itu maka akan tercatatlah amalan kita dan sesuatu yang dimulakan dengan amalan yang baik maka baiklah seluruhannya pada hari itu.

Sekian terima kasih

Sekian terima kasih

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

ILMU PENGASIH GULA-GULA /MINYAK PENGASIH

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Diatas pertanyaan individu yang tertentu dimana menanyakan kepada saya tentang ilmu pengasih gula-gula. Sebenarnya ilmu ini boleh digunakan samada pada gula-gula ataupun gula-gula getah atapun pada minyak wangi untuk dijadikan minyak pengasih.
Caranya tidaklah begitu susah jika ingin membuatnya. Untuk mengetahuan semua rasanya ilmu ini memang sudah pun diketahui ramai akan tetapi lama kelamaannya ianya hilang dimakan oleh zaman. Bagi yang ingin memilikinya maka disini saya ingin menyarankan bahawa janganlah membuatnya untuk tujuan maksiat, menunjuk kehebatan, riak ataupun seumpamanya. Salah satu yang saya amat takut ialah tidak kiralah samada untuk pengasih ataupun ilmu-ilmu yang lain digunakan untuk membuat kejahatan kita perlulah ingat bahawa hidup kita bagaikan bola kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang kita duduk dibawah. Jika kita digunakan untuk memperbuat maksiat maka balasan samada didunia ataupun akhirat gunalah dengan sebaik yang mungkin dan gunakan untuk kebaikan seperti supaya anak kasih pada bapanya, isteri kasih pada suaminya, suami kasih pada isterinya ataupun seumpamanya.
Bagi yang ingin membuat minyak pengasih silalah pilih minyak wangi yang kuat sekali baunya akan tetapi mestilah kandungan tiada alkohol ataupun benda-benda yang mengharamkan tidak semestinya ianya seperti minyak atar, minyak yang biasa dibawa balik daripada mekah boleh digunakan minyak yang moden akan tetapi mestilah tidak ada kandungan yang mengharamkan. Boleh gunakan minyak one – drop perfume ataupun seumpamanya.
Ada yang juga bertanyakan kepada saya samada orang-orang lombok mengunakan ilmu ini. Dan Apakah amalan dimana boleh membuat seorang wanita tergila-gila kepada orang lelaki itu. Untuk menjawap persoalan itu sebenarya memang banyak sekali ilmu dimana boleh membuat samada lelaki ataupun wanita yang tergila-gila diantara satu sama lain. Seperti ilmu pengasih tumit, ilmu bakar daun, ilmu bakar telur dan banyak lagi. Ilmu ini sangat power yang saya takut ialah seorang itu ataupun individu tersebut akan mengunakan tujuan maksiat sebab itu saya tidak memberinya cuma saya memberi ilmu tumit kaki.
Selain daripada itu ada juga yang bertanya kepada saya samada benar ataupun tidak pakaian dalam kita boleh dibuat sebagai penunduk. Untuk menjawap persoalan ini maka saya setuju kerana pakaian dalam kita ini boleh dibuat sebagai penunduk dan pengasih. Selain daripada itu ingin saya memberitahu ataupun menghebahkan bahawa sejak kebelakangan ini ada banyak bertanya berkenaan ilmu digunakan oleh orang asli atapun seumpanya.
Untuk menjawap soalan ini maka apa yang saya nasihatkan bahawa apabila cukup panjang kuku potonglah ianya dan apabila cukup masa panjang bulu kelamin ataupun bula ketiak kita buanglah ia. Pendapat saya ialah apabila cukup sahaja 40 hari buanglah ia kerana biasanya seorang dukun itu akan meminta rambutnya, kuku kakinya, kuku tanggannya dan bulu kelaminnya kemudian dibakar serta dibaca dan dipujanya kemudian di asapnya dan kita letakan pada minuman ataupun makanan maka seseorang itu akan terpesona dan jatuh cinta dan walaupun orang itu tidak secantik mana pada matanya amat cantik bagaikan puteri dikayangan. Itu sebabnya Islam menyuruh kita membuang kuku dan bulu-bulu yang tertentu seperti ketiak dan bulu kelamin inilah salah satu sebabnya.
Saya harap segala pertanyaan dimana saya tidak sempat untuk menjawapnya maka dengan ulasan saya ini mungkin terjawap segala persoalan saudara-saudari.
sekian terima kasih
Posted in Uncategorized | 12 Komen

MASALAH IKLAN MASYARAKAT GOOGLE

Assalamualikum dan salam sejahtera,
Untuk pengetahuan umum sebenarnya saya memang seorang buta computer dan memang saya mengaku bahawa sayaini bukanlah sepandai anda yang tahu banyak tentang membuat blog ataupun membuat website cuma saya mencuba dan terus mencuba supaya blog ataupun website kelihatan menarik walaupun saya akui bahawanya blog ataupun website saya memanglah tidak berapa baik jika dibandingkan dengan laman web ataupun blog orang yang berkemahiran.
Baru-baru ini saya amat merasa terharu bahawanya ada daripada pelanggan ataupun pelayar blog saya menyatakan bahawa blog saya telah pun atapun setaraf dengan seorang penulis blog yang terkenal yang ada di malaysia ini. Untuk pengetahuan semua sebenarnya saya ini tidak mempunyai komputer dan semua kerja-kerja yang saya lakukan samada u
ntuk menulis blog ataupun membukae-book pengasih saya gunakan perkhidmatan di pusat cyber-cyber cafe walaupun agak mahal tetapi saya amat selesa dengan kaedah ini dimana-mana sahaja saya boleh menulis blog, membuat e-book dan banyak lagi dan saya juga amat jarang berada dirumah. Saya suka pergi satu tempat ke satu tempat untuk melihat keadaan masyarakat dan jika boleh saya bantu insyallah saya akan bantu.
Baru-baru ini juga banyak orang bertanya bagaimana caranya dimana blog yang ditulis dalam bahasa malaysia boleh mengeluarkan iklan adsense tanpa ada iklan didalam blog saya keluar iklan masyarakat google ataupun lebih dikenali dengan Public Serive Ads . Dan ada individ
u-individu membayar saya untuk membuat blog-blog mereka dan meletakan blog mereka dengan iklan-iklan google tanpa mengeluarkan iklan masyarakat google ataupun lebih dikenali dengan Public Service Ads. Bukan sahaja ianya datang daripada malaysia malah banyak juga penulis-penulis blog yang di Indonesia dan Brunai
malahan ada juga penulis-penulis dari negara luar nusantara ataupun asia tengara bertanyakan kepada soalan yang sama bagaimana caranya. Ini mungkin ada setengah-setengah bahasa dimana pihak google tidak dapat mengenal pasti bahasanya maka apabila code telah dil
etakan didalam web mereka ataupun blog mereka maka akan terkeluarlah Iklan masyarakat google atapun Publis service Ads ataupun lebih dikenali dengan PSA
Apa yang saya dapat ini adalah daripadanya maka apa-apa pemberian olehnya kita perlulah bersyukur dan berikut adalah cara-caranya:
1. Mula-mula buat account google adsense anda di https://www.google.com/adsense/
2. Type dibrowser anda http://www.google.com/friendconnect/
3. Jika anda mempunyai web ataupun blog maka click sahaja pada add new site
4. Kemudian masukan website name, website ur
l dan website language anda

5. Setelah itu click pada configure adsense unit
6. create the html code

7. Copy code anda didalam website anda
Saya berharap apa yang ada seperti diatas boleh membantu anda yang sekian lama mencari untuk memcari rezeki di internet.
sekian terima kasih


Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

TOYOL

Assalamualikum dan salam sejahtera,

Sejak kebelakangan ini banyak juga yang bertanya kepada saya berkenaan dengan mahluk yang bernama Toyol. Akan tetapi saya suka mengelarkan mahluk ini dengan budak botak. Mungkin anda semua berdapat bahawa mana lagi toloy ini wujud dizaman serba moden ini.

Oleh kerana faktor kegawatan ecomony maka manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kewanggan ataupun kemewahan dunia. Ada yang bertanya kepada saya samada benarkah mahluk ini diambil di Tanah haram ataupun perlu membuat ritual untuk mendapatkan toyol ini, bagaimana hendak mengelakan daripada toyol ini memasuki rumah dan adakah cara-cara untuk menangkapnya dan banyak lagi…

Untuk pengetahuan semua sebenarnya saya tidak tahu samada benar ataupun tidak dimana toyol ini diambil ditanah haram akan tetapi mengikut cerita pengajar ataupun orang-orang yang tertentu ada menceritakan bahawa disana ada satu tiang yang berwarna hitam dimana orang-orang yang mengetahuinya akan mengambil disana. Disini saya mengharapkan janganlah pula cuba-cuba untuk mendapatkan toyol ini buruk padahnya. Memang selain itu memang ada ritual untuk mendapatkan toyol ini akan tetapi biasanya kita mesti membuat perjanjian denganya salah satu daripadanya ia akan meminta darah ibu kaki kita untuk dijadikan makanannya.

Sebelum mahluk ini memasuki kerumah kita biasanya mereka suka bermain-main terlebih dahulu sebelum memasuki rumah kita. Apabila bulan gelap biasanya mereka akan memulakan operasi untuk memasuki rumah untuk tujuan mencuri. Dan masa yang mereka suka mencuri ialah dalam jam 3 pagi – 5 pagi akan tetapi ada juga yang lebih awal daripada itu. Kebiasaan mereka ini akan mencuri hanya sehelai wang sahaja daripada saku kita ataupun dompet ataupun tempat simpan duit atapun seumpamanya. Sebangai contoh anda mempunyai wang kertas RM10 sepuloh keping mereka akan mencuri sekeping sahaja. Dan sebelum Tuannya menyuruh mencuri biasanya Tuanya akan berjalan-jalan dirumah kita ataupun seumpanya dan menunjukan rumah mana yang perlu untuk dijalan operasi mencuri. Dan biasanya jika Tuannya berjalan kaki maka Tuannya akan dukung dibahagian belakang dimana tanggan kedua-dua tuannya akan bercekak dibahagian belakang. Tapi pada zaman moden ini akam berbeza tuannya akan berjalan mengunakan kenderaan biasanya mengunakan motosikal.

Sebenarnya sebelum mahluk ini menjalankan operasi mereka ini akan suka bermain2 dahulu kadang-kadang kita perasan mereka cuma tidak terlintas di fikiran bahawa yang bermain itu adalah toyol kerana mereka ini suka berlari-lari dalam keadaan gelap memang kita buat tak kisah sahaja selepas kehilangan maka barulah kita tahu bahawa ini kerja mahluk itu.

Berikut adalah cara-cara untuk mengelakan daripada mereka ini memasuki ke rumah kita. Kita hanya perlu sediakan kacang hijau, biji cili kering, kacang putih atapun seumpanya dengannya kemudian taburkan di sekeliling rumah. Tujuannya supaya mereka bermain dengan kacang tersebut sehingga leka dan apabli subuh menjelma maka mereka akan pulang. Atapun jika rumah kita rumah flat akan yang boleh kita buat ialah dimana tempat simpan wang kita letakan jarum peniti, mata kail kecil, rambut ataupun biji cili kering.

Jika anda mempunyai keberanian ataupun menangkapnya berikut adalah caranya carilah 3 ekor anak ketam dimana diikat tanggan diantara anak ketam tadi dalam bentuk bersegi tiga. kemudian sediakan timba besi atapun timba plastik yang berloceng letakan anak dan ikatkan anak ketam tadi pada sekitar kawasan timba apabila loceng itu berbunyi semacam maka cepat-cepat pergi ke tempat timba itu. Jangan takut tanyakan kepadanya jika kamu nak anak ketam ini ! Dan jika kamu hendak anak ketam ini pulangkan wang yang kau curi tempoh hari ! insyallah makluk itu terus akan balik kerumah tuannya dan memulangkan wang kita dan kita berilah suruhlah mahluk itu ambil anak ketam kemudian mereka akan cepat2 pergi kerana hendak bermain dengan anak ketam itu.

Lain daripada itu jika ada orang yang tidak kita kenali yang lalu lalang dikawasan rumah kita yang kita syak ada yang tidak kena maka cuba ejek daripada belakang biasanya mahluk itu akan mengadu daripada belakang dan Tuannya akan kita semena-mena menoleh kebelakang. Maka kita tahu bahawa orang itu tuanya. Selepas kejadian itu maka insyallah orang tersebut tidak berani melewati kekawasan kita ataupun jiran-jiran kerana kita telah pun mengenalinya.

Saya harap dengan serba sedikit ilmu berkenaan toyol ini pada membantu anda dan persoalan saudari yang bertanya kepada saya akan terjawab

sekian terima kasih

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

ILMU UNTUK MEWAH REZEKI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Soal rezeki sememangnya amat sulit hendak diperkatakan ataupun diuraikan. Saya pernah laluinya memang jika ikut pengalaman saya sememangnya jika tidak tahan ataupun jika kita tidak mempercayai rukun Islam kelima saya juga akan hanyut. Oleh yang demikian jika saudara-saudari diuji dengan kesempitan rezeki adalah disarankan banyak-banyak bersabar dan memperbanyakan berzikir serta mengigatinya.

Pada satu ketika dahulu sesama saya disempitkan dikotak kepada saya seperti ingin menamatkan hidup sahaja. Kerana pada ketika itu apa yang saya fikirkan ialah jika saya menamatkan kehidupan saya maka segala masalah kita akan selesai. Disini saya mengucapkan bersyukur kerana dapat nasihat yang amat berguna daripada banyak pihak terutamanya pihak pengajar saya dan imam serta siak di kariah saya.

Persoalan kenapa kita menjadi miskin ? Itulah yang mereka suruh untuk saya memikirkan sehingga kita saya masih memikirkan walaupun tentang masalah ini sedikit demi sedikit dapat saya uraikan. Oleh itu para pengajar saya menurun satu ilmu untuk menjawab persoalan ini. Ilmu yang pertama yang diturunkan ialah ilmu melepaskan bebanan hutang. Disuruh saya menghafalnya dan mengamalnya dan sehingga kita saya mengamalnya apa yang saya rasa ilmu ini cukup main pentingnya kerana kerana ada beberapa persoalan kenapa kita dimiskin ada jawapannya?

Diantara jawapanya dalam diri saya ialah

1. Supaya kita mengenal diri kita
Sebenarnya kita tidak mengenal diri kita 100% apa yang kita kenal ialah keburukan orang lain. Sepatutnya kita mestilah kenal diri kita dan apa tujuan kita dihidupkan dan seumpama dengannya.

2. Supaya membuang sifat yang buruk
Untuk pengetahuan semua saya dahulu prilaku ataupun sikap saya memanglah buruk sekali sepertinya saya memang seorang yang pemarah, irihati, sombong, ego, suka memarah anak isteri dengan cara tidak betul dan seumpanya oleh yang demikian jika kita miskin insyallah sifat2 itu dapat saya perbaikinya.

3. Supaya dapat menjaga orang tua
Sebelum saya dimiskinkan sememangnya saya tidak memperdulikan orang tua saya dan kadang-kadang orang tua saya ada terlepas perkataan yang menyakiti hati mereka. Selepas saya dimiskinkan maka barulah saya tahu sifat buruk saya mencuba meperbaiki sifat ini.

4. Supaya dapat menjaga isteri dan anak-anak
Sebelum saya dimiskinkan memang saya tidak ada masa untuk anak dan isteri. Saya lebih suka meluangkan masa bersama rakan2 seperti memancing bermain kuda mesin dan seumpamanya. Pada ketika ini semua keperluan rumah dan anak-anak dapat saya jaga dengan lebih baik daripad dahulu. Sehinggakan barang2 keperluan rumah saya belikan.

dan banyak lagi keburukan saya. Oleh itu selepas dimiskinkan barulah saya tahu kenapa dan musababnya. Disini saya ingin menasihatkan terutamanya para isteri jika suami anda tidak mampu memberi nafkah daripada sepatutnya ingin saya nasihatkan supaya bantulah suami anda dan berilah bantuan secara moral atau mengeluarkan kata-kata semangat janganlah pula asyik dimarah suami kita ini akan menimbulkan porak peranda dan banyak masalah yang kecil diperbesar-besarkan.

Saya ada individu yang saya berikan ilmu berkenaan rezeki dimana mengikut katanya dimasa beliau jatuh miskin isteri yang pertamanya asyik membebel ataupun melepaskan geram ataupun sering dimarahinya sehinggakan meminta cerai. Saya menasihatkan jangan bercerai berai kerana jika bercerai maka banyak masalah akan dilaluinya dan bersabar sahajalah biarkan isteri membebel, memarahi ataupun seumpanya dengannya nanti tentu ada balasanya atas perbuatan isterinya. Sekarang ini beliau hidup senang apa yang diceritakan selepas disenangkan barulah isterinya sedar dan isteri-isterinya berlumba2 memberi kasih sayang secukupnya kepadanya. Dan sekarang ini dia merupakan seorang pengusaha besi.

Oleh itu para isteri disini saya nasihatkan janganlah memberi layanan yang buruk kerana tentu ada balasan sebenarnya cerita diatas cukup panjang saya pendekan sedikit. Sayangilah suaminya apa yang diminta oleh suami maka berikanlah asalnya tidak melapaui batas yang sepatutnya. Miskin sebenarnya hanyalah bersifat semantara akan tetapi ingin senang maka kenalah berusaha selepas itu bertawakalah insyallah tentu ada jalan keluar.

Sekian terima kasih

Posted in Uncategorized | 4 Komen

ROHANI YASSIN (KHADAM YASSIN)

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Diatas permintaan individu yang tertentu dimana ingin mengetahui Rohani yassin ataupun lebih dikenali dengan khadam yassin oleh yang demikian saya telah pun memasukan ilmu rohani yassin
sekian terima kasih
Posted in Uncategorized | 2 Komen