TOYOL

Assalamualikum dan salam sejahtera,

Sejak kebelakangan ini banyak juga yang bertanya kepada saya berkenaan dengan mahluk yang bernama Toyol. Akan tetapi saya suka mengelarkan mahluk ini dengan budak botak. Mungkin anda semua berdapat bahawa mana lagi toloy ini wujud dizaman serba moden ini.

Oleh kerana faktor kegawatan ecomony maka manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kewanggan ataupun kemewahan dunia. Ada yang bertanya kepada saya samada benarkah mahluk ini diambil di Tanah haram ataupun perlu membuat ritual untuk mendapatkan toyol ini, bagaimana hendak mengelakan daripada toyol ini memasuki rumah dan adakah cara-cara untuk menangkapnya dan banyak lagi…

Untuk pengetahuan semua sebenarnya saya tidak tahu samada benar ataupun tidak dimana toyol ini diambil ditanah haram akan tetapi mengikut cerita pengajar ataupun orang-orang yang tertentu ada menceritakan bahawa disana ada satu tiang yang berwarna hitam dimana orang-orang yang mengetahuinya akan mengambil disana. Disini saya mengharapkan janganlah pula cuba-cuba untuk mendapatkan toyol ini buruk padahnya. Memang selain itu memang ada ritual untuk mendapatkan toyol ini akan tetapi biasanya kita mesti membuat perjanjian denganya salah satu daripadanya ia akan meminta darah ibu kaki kita untuk dijadikan makanannya.

Sebelum mahluk ini memasuki kerumah kita biasanya mereka suka bermain-main terlebih dahulu sebelum memasuki rumah kita. Apabila bulan gelap biasanya mereka akan memulakan operasi untuk memasuki rumah untuk tujuan mencuri. Dan masa yang mereka suka mencuri ialah dalam jam 3 pagi – 5 pagi akan tetapi ada juga yang lebih awal daripada itu. Kebiasaan mereka ini akan mencuri hanya sehelai wang sahaja daripada saku kita ataupun dompet ataupun tempat simpan duit atapun seumpamanya. Sebangai contoh anda mempunyai wang kertas RM10 sepuloh keping mereka akan mencuri sekeping sahaja. Dan sebelum Tuannya menyuruh mencuri biasanya Tuanya akan berjalan-jalan dirumah kita ataupun seumpanya dan menunjukan rumah mana yang perlu untuk dijalan operasi mencuri. Dan biasanya jika Tuannya berjalan kaki maka Tuannya akan dukung dibahagian belakang dimana tanggan kedua-dua tuannya akan bercekak dibahagian belakang. Tapi pada zaman moden ini akam berbeza tuannya akan berjalan mengunakan kenderaan biasanya mengunakan motosikal.

Sebenarnya sebelum mahluk ini menjalankan operasi mereka ini akan suka bermain2 dahulu kadang-kadang kita perasan mereka cuma tidak terlintas di fikiran bahawa yang bermain itu adalah toyol kerana mereka ini suka berlari-lari dalam keadaan gelap memang kita buat tak kisah sahaja selepas kehilangan maka barulah kita tahu bahawa ini kerja mahluk itu.

Berikut adalah cara-cara untuk mengelakan daripada mereka ini memasuki ke rumah kita. Kita hanya perlu sediakan kacang hijau, biji cili kering, kacang putih atapun seumpanya dengannya kemudian taburkan di sekeliling rumah. Tujuannya supaya mereka bermain dengan kacang tersebut sehingga leka dan apabli subuh menjelma maka mereka akan pulang. Atapun jika rumah kita rumah flat akan yang boleh kita buat ialah dimana tempat simpan wang kita letakan jarum peniti, mata kail kecil, rambut ataupun biji cili kering.

Jika anda mempunyai keberanian ataupun menangkapnya berikut adalah caranya carilah 3 ekor anak ketam dimana diikat tanggan diantara anak ketam tadi dalam bentuk bersegi tiga. kemudian sediakan timba besi atapun timba plastik yang berloceng letakan anak dan ikatkan anak ketam tadi pada sekitar kawasan timba apabila loceng itu berbunyi semacam maka cepat-cepat pergi ke tempat timba itu. Jangan takut tanyakan kepadanya jika kamu nak anak ketam ini ! Dan jika kamu hendak anak ketam ini pulangkan wang yang kau curi tempoh hari ! insyallah makluk itu terus akan balik kerumah tuannya dan memulangkan wang kita dan kita berilah suruhlah mahluk itu ambil anak ketam kemudian mereka akan cepat2 pergi kerana hendak bermain dengan anak ketam itu.

Lain daripada itu jika ada orang yang tidak kita kenali yang lalu lalang dikawasan rumah kita yang kita syak ada yang tidak kena maka cuba ejek daripada belakang biasanya mahluk itu akan mengadu daripada belakang dan Tuannya akan kita semena-mena menoleh kebelakang. Maka kita tahu bahawa orang itu tuanya. Selepas kejadian itu maka insyallah orang tersebut tidak berani melewati kekawasan kita ataupun jiran-jiran kerana kita telah pun mengenalinya.

Saya harap dengan serba sedikit ilmu berkenaan toyol ini pada membantu anda dan persoalan saudari yang bertanya kepada saya akan terjawab

sekian terima kasih

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen