ILMU PENGASIH AIR KAKI (TUMIT KAKI)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ilmu pengasih air kaki ini amat sesuai dilakukan oleh Orang lelaki akan tetapi untuk kaum wanita pun boleh mencubanya. Ilmu ini hanya berkesan jika kita telah di ijab kabul dengan cara yang sah ikut hukum syarak yakni dengan kata lain telah berkhawin bagi yang belum khawin janganlah dicuba.

Syurga Isteri adalah ditapak kaki Suami manakala syurga seorang anak letaknya pada tapak kaki seorang Ibu. Oleh itu ilmu ini amat sesuai diguna pakai oleh seorang lelaki untuk tujuan supaya isterinya dan anak-anaknya kasih dan sayang padanya. Manakala bagi anda yang bergelar seorang ibu maka ilmu ini amat sesuai digunakan untuk anak anda supaya kasih, sayang dan menghormati. Jika untuk dibuat pada suami pun boleh tetapi ikut pengalaman saya dalam 10 orang hanya 2-3 orang sahaja yang berkesan dengan baik.

Perlu diingatkan ilmu ini tidak melibatkan mentera. Sebab kebanyakan saya ditanyakan perkara mentera. Sebenarnya mentera ada yang orang kita kata sifatnya putih dan ada orang kita kata sifatnya hitam. Mentera ini sebenarnya wujud adalah tujuan seperti pemberi keyakinan sahaja tidak lebih dari itu. Jika kita yakin sesuatu maka jadilah ianya. Manakala Ilmu bersifat hitam pula perlu ada perjanjian antara guru dengan anak muridnya.

Setiap ilmu bersifat hitam ada upacara yang tertentu dilakukan seperti anda perlu sediakan pulut kuning, ayam, darah, dan lain-lain lagi. Kebiasaanya upacara itu dilakukan didalam keadaan samar-samar atau dalam keadaan gelap dimana kita tidak nampak apa yang dihadapan atau dibelakang kita.

Jika ilmu bersifat putih pula tidak ada upacara yang dilakukan biasanya cukup mudah dan memudahkan tidak ada samar-samar boleh dilakukan dimana-mana tidak ada upacara dijalankan. Cuma kita disuruh bersedekah seperti anak yatim, masjid dan individu-individu yang tertentu dimana didalam kesusahan.

Ilmu ini memang baik digunakan untuk individu yang tidak boleh membaca al-quran dengan baik sebab kebelakang saya diminta menjawikan huruf-huruf al-quran. Satu perkara yang saya takut ialah jika tersalah tulis maka bunyi akan menjadi lain serta maksudnya juga akan lain. Oleh itu buat masa ini saya takut nak ubahnya.

Sekian Terima kasih

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen