ILMU MELEPASKAN BEBAN HUTANG

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Merujuk kepada perkara diatas, semamangnya hutang dengan manusia sering berkait rapat. Ada orang hutang kerana ingin kemewahan dan ada yang berhutang agar hidup dan macam-macam perkara lagi.

Didalam hidup kita jika boleh jangan diukur pinggang orang lain ukurlah pinggang sendiri. Akan tetapi di zaman ini kita suka ukur pinggang orang lain itulah sebabnya kita menanggung hutang yang banyak apa orang beli kita hendak beli dan masing-masing berlumba lumba menunjuk-nunjuk apa yang kita beli agar dipuji orang lain. Selain daripada itu kita membeli mengikut kehendak nafsu kita. Oleh yang demikian maka menyebabkan kita akan menanggung hutang yang banyak.

Dengan ilmu ini insyallah jika kita ada hutang walaupun setinggi gunung uhud ataupun setinggi gunung manapun maka jika kita amalkan dengan secara istiqomak secara terus menerus selepas solat maka insyallah hutang kita akan dibayar dengan tanpa disangka-sangka. Akan tetapi jika diizinkan olehnya jika kita amalkan secara terus menerus insyallah kita akan dikurniakan dengan kekayaan. Tetapi perlulah di ingat supaya lakukan secara terus menerus tanpa jemu.

Akan tetapi perlu diingat disini mungkin kita sedar ataupun tidak sedar seseorang yang masih hidup ibunya dikatakan kaya oleh itu jika kita ada kesalahan dengan ibu ataupun bapa mintalah ampun daripadanya kerana kadang-kadang hajat kita tergantung kerana dihati ibu ataupun bapa kita mempunyai perasaan marah dengan kita. Jika anda masih mempunyai ibu ataupun bapa jagalah mereka insyallah apa yang kita hajati di dalam dunia ini akan termakbul. Apabila seseorang itu meningkat Tua maka hati mereka suka cepat merajuk seperti budak kecil oleh itu jagalah lidah dan kelakuan jika kita melampuai batas maka mintalah maaf daripada mereka insyallah anda akan selamat dunia akhirat.

sekian harap maklum

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to ILMU MELEPASKAN BEBAN HUTANG

  1. Abe berkata:

    Salam

    Saya berminat sangat ilmu untuk mengutip kembali hutang dengan orang yang berhutang dengan kita. Jadi saya teliti ilmu-ilmu Tuan disini, tak ada pula ilmu dibawah tajuk berkenaan. Saya ada orang berhutang dengan saya lebih kurang dalam lapan ratus ribu ringgit. Hutang berlaku apabila tamak mengatasi dalam perkongsian projek, walaupun ada hitamputih, rakan sanggup mengingkir saya dan seterus saya beranggap dia berhutang dengan saya. Jikalau tuan dapat membantu saya untuk mendapat kembali hutang itu, saya berharap sangat lah. Oleh kerana saya telah berusaha cara sendiri dan juga bantuan orang yang arif dalam hal ini, tetapi masih tak berhasil. Mungkin usaha-usaha saya kurang istokomah. Bagitu lah secara ringkas.

    • buyexxx berkata:

      Assalamualaikum,

      sila amalkan ilmu salamun qaulam dan minta apa yang dikehendaki akan tetapi mintalah benda yang baik jangan minta yang buruk

      sekian terima kasih

Tinggalkan komen