KEHIDUPAN SEORANG MANUSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Disini ada beberapa kata nasihat daripada saya sebagaimana kata nasihat yang diberikan daripada pengajar-pengajar saya. Munusia ini serupa atau seumpama ataupun bagai seorang bapa dan seorang anak dengan keledainya.

Apabila seorang anak itu menaiki keledai manakala bapanya memegang tali keledai orang ramai akan berkata amat kurang ajar anak itu dimana membiar bapanya menarik tali pemegang keladai manakala anaknya bersenang-senangan diatas keladai itu.

Apabila seorang bapa menaiki keledai manakala anaknya pula manarik tali pemegang keladai orang ramai yang melihatnya akan menyatakan si bapa sengaja ingin mendera anaknya dimana si anak menarik tali pemegang keledai dan si bapa bersenang-senangan diatas keledai.

Dan apabila si bapa dan si anak menaiki keledai itu manakala orang ramai akan menyatakan bahawa si anak dan si bapa dengan sengaja ingin mendera keledai itu pula dan apabila si anak dan si bapa bersama-sama menarik keledai itu maka orang ramai akan berkata sungguh bodoh kenapa tidak sahaja naik keledai itu.

Kesimpulan daripada cerita diatas walapun apa-apa yang kita buat di dunia ini manusia tidak pernah berputus-putus memburukan atau menyindir atau memperkata perkara yang buruk kepada seseorang kerana kebanyakan manusia yang bernama insan amat suka buruk sangka kepada insan yang lain. Jika kita miskin maka buruk sangka akan bertambah akan tetapi jika ditakdirkan seorang itu kaya maka perasaan buruk sangka itu berkurangan akan tetapi apabila kita kaya tentu sahaja ada diantara kita memang suka menjatuhkan diantara kita.

Semenjak laman saya ini tersebar luas melalui akbar tempatan dihati saya memang tidak ingin mengeluarkan lagi ilmu-ilmu dimana amat jarang diketahui orang ramai. Akan tetapi saya amat berterima kasih kepada semua pembeli e-book ilmu pengasih.com dimana memberi sokongan kepada saya untuk meneruskan usaha saya.

Sebenarnya memang banyak saya akan masukan kepada laman e-book ilmupengasih saya. Saya tidak tahu berapa lama umur saya samada ianya panjang ataupun pendek saya tidak tahu itu merupakan rahsia ketuhanan oleh itu sebelum saya diselimutkan dengan kain yang tidak berjahit saya akan sedaya upaya memberi dan memaklumkan supaya dengan ilmu ini boleh dimanfaatkan dan digunakan dengan sebaik yang mungkin.

Disini ingin saya maklumkan juga bahawa kepada pemilik wang asmak yang telah saya buat pada bulan muharram ini wang asmak anda akan saya poskan pada esok hari bagitu juga dengan minyak pengasih sulaiman dan yusuf akan saya poskan esok hari dengan mengunakan pos xpress oleh itu nasihat saya ialah jangan sombong, angkuh, takbur dan lupa diri serta janganlah lupa solat serta jauhkan diri daripada maksiat kepada kebiasaannya bagi itulah ujian yang perlu anda lepasi bagi pemegang wang asmak saya. Lakukanlah banyak-banyak amalan yang telah saya berikan insyallah hajad anda akan dimakbulkan.

Sekian harap maklum

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen