ILMU REZEKI SECARA GHAIB

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Diantara ilmu-ilmu rezeki yang saya pelajari ilmu yang ilmu rezeki secara ghaib atau lebih dikenali dengan Wang Ghaib. Ilmu yang paling mudah sekali diamalkan cuma menunaikan sembahyang fardu dan menunaikan sembahyang sunat hajat akan tetapi jangan lupa menunaikan sembahyang witir sebagai penutup segala sembahyang.

Untuk pengentahuan semua ilmu ini ada dua keadaaan apabila ianya dimakbulkan :

1. Anda mendapat rezeki melalui manusia
2. Anda mendapat rezeki secara ghaib (alam ghaib)

Oleh kerana kita sekarang akan memasuki ke bulan ramadan saya ilmu ini amat baik. Untuk pengetahuan ilmu ini perlu dihafal dan dibaca selepas kita membaca surah al-fatihah dalam sembahyang.

Untuk pengetahuan semua setahu saya tidak ada ilmu yang boleh di tranfer-tranfer ini biasanya ilmu yang ditranfer secara batin adalah pengamal ilmu hitam. Ini adalah disebabkan seseorang pengamal ilmu hitam merasa dirinya tidak mampu atau tidak sangup membela orang suruhanya dikalangan golongan jin fakir maka satu caranya melalui transfer ilmu atau penurunan ilmu tanpa sebarang amalan. Oleh itu berwaspadalah jangan menjerat diri anda sendiri.

Jika kita ingin sesuatu kita perlu berusaha untuk mengamalnya secara berzikir dan berdoa insyallah anda akan menerima ilmu-ilmu hikmah yang tidak dapat difikir dengan akal fikiran manusia. Selain itu jika anda berzikir dan berdoa yang betul daripada mana-mana doa tidak kiralah doa apapun insyallah khadam samada ianya daripada golongan malaikat atau seumpaya dengannya akan muncul. Sebab daripada huruf “alif” sampai “ya” ada penjaganya atau penjaganya daripada golongan malaikat ini menyebabkan surah daripada al-quran tidak mudah diubah-ubah sehinggalah hari kiamat.

Untuk pengetahuan semua Inilah ilmu rezeki secara ghaib atau Wang ghaib pernah dijual sehingga mencecah ratusan ringgit oleh individu tertertentu. Ilmu ini sebenarnya ada tercata didalam salah beberapa buah kitab. Jika apa berkebolehan menbaca kita arab maka saya sarankan anda boleh membeli kitab yang saya nyatakan dalam laman http://www.ilmupengasih.com dan pergilah cara seorang guru yang memahami tulisan arab untuk diterjemahkan atau erti kata lain diijazahkan.

Selain itu banyak juga ilmu-ilmu saya yang terdapat didalam blog saya ini dijual semula dengan harga yang amat mahal. Ada yang di Indonesia ada di singpura dan ada juga di Brunai. Banyak sekali saya menerima pertanyaan daripada mereka yang telah membeli ilmu bukan daripada laman saya maka saya menasihatkan anda buatlah pertanyaan dimana anda membeli ilmu itu. Akan tetapi jika anda membeli e-book daripada saya insyallah saya akan menjawabnya. Selain itu saya pertolongan anda meminta sila gunakan Email daripada SMS sebab kadang-kadang saya terpaksa menghabiskan RM30.00 – RM 90.00 ringgit sehari untuk menjawab pertanyaan anda. Kadang-kadang saya menjawap pertanyaan anda melebihi daripada pada harga sebuah e-book saya. Sila gunakan email kerana ianya percuma. Cuba elakan pembaziran.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to ILMU REZEKI SECARA GHAIB

  1. mohamad sazwan berkata:

    di mana saya boleh dapatkan ilmu ilmu ini?

Tinggalkan komen