ILMU MEMBUANG BISA (ghost buster)

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Ilmu membuang bisa merupakan ilmu dimana jika anak atau isteri atau jiran kita mengalami menjerit-jerit tidak tentu pasal atau orang kita lebih mengenali dengan nama histeria maka ilmu yang disebut diatas boleh diguna pakai. Selain daripada kebaikan ilmu ini jika anak kecil menangis tidak henti-henti dan meracau tidak tentu pasal juga boleh digunakan.

Baru-baru ini ada seseorang yang bertanyakan samada saya mempunyai ilmu dimana boleh memulihkan anak isteri (perempuan) dimana meracau atau menjerit-jerit tidak tentu arah dimana merujuk kepada individu tersebut mereka baru sahaja pindah ke rumah baru.

Untuk pengetahuan saudara-saudari semua jika kita pindah ke rumah baru se-eloknya kita buatlah tahlil sikit dan baca yassin secara berkenduri akan tetapi kita ini hidup dengan serba moden dengan itu kita tidak membuatnya seperti orang dahulu kala. Jika boleh buatlah kenduri di rumah anda setahun sekali sebab banyak kebaikan buatlah kenduri kesyukuran, arwah dan seumpamanya sebab banyak kebaikan daripada keburukan.

Untuk pengetahuan semua ilmu ini amat saya sayang sekali akan tetapi bila difikir-fikirkan atas untuk membantu sesama insan maka saya keluarkan ilmu ini. Untuk mengetahuan semua sebelum saya mendapati ilmu ini maka ada beberapa perkara yang perlu saya buat seperti mensedekahkan 10kg x 3 Beras, kain putih 7 ela, kain batik 3 helai, gula 1kg X 3 , kopi 3 peket, teh 3 peket dan wang seikhlas dan lain-lain dan kesemua itu diserahkan kepada masjid atau surau atau seumpanya. Akan tetapi saya menyerahkan ianya kepada pengajar saya kerana memudahkan saya kerana pengajar saya lebih tahu kemana yang hendak disedekahkan.

Oleh yang demikian saya tidak mahu apa yang disebutkan yang diatas diserahkan kepada saya maka se-elok2nya anda serahlah sendiri kepada mana-mana yang difikirkan patut kerana ianya lebih memudahkan saya. Untuk maklumat semua tidak semestinya kita sedekahkan kepada masjid ataupun surau atau seumpamanya akan tetapi jika kita tahu ada diantara jiran kita yang berkekurangan sedekahkan kepada mereka kerana orang yang paling dekat dengan kita ialah jiran kita jika ada berlaku kepada kita dan keluarga kita orang yang paling dekat dengan kita ialah jiran kita maka bantu membantulah diantara jiran kita.

Mungkin ada diantara akan bertanya tentang wang seikhlas hendak diserahkan kepada siapa itu terpulanglah kepada anda untuk mementukan kepada siapa dan bagi saya wang itu diserahkan kepada mereka yang didalam kekurangan saya hanya menunjukan dan menghebahkan atau memberitahu sahaja. Bantu membantulah sesema kita. Perlu diingatkan bahawa sedekah kita itu satu hari akan membantu kita juga dengan cara yang kita tidak dapat duga. Bagi saya pula sebagaian daripada pembelian e-book ilmu pengasih ada hak orang lain didalamnya maka secara kebiasaan saya pula akan menderma sebahgiannya kepada orang yang memerlukanya seperti anak yatim, orang-orang fakir miskin atau orang-orang yang dimana saya fikir memerlukan bantuan kadang-kadang saya dermakan atau sedekahkan kepada yang ada pada akhbar dimana memerlukan sokongan dan bantuan kewanggan seperti membiayai perubatan dan seumpanya.

sekian terima kasih

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen